REDA diuji masalah kesihatan yang kurang baik sejak kebelakangan ini, pelakon veteran Mak Jah tetap bersyukur kerana dikelilingi ramai individu yang masih prihatin dengan dirinya. Meskipun tiada lagi keupayaan untuk berlakon, Mak Jah atau nama sebenarnya Maimunah Ahmad, 74, berkata dia terlalu rindu untuk kembali ke set penggambaran bertemu dengan rakan artis dan kru produksi yang merupakan sahabatnya sepanjang 40 tahun berada dalam industri seni. “Apabila umur dah meningkat ni saya reda dengan segala ujian Allah.
“Umur macam ini kalau nak pergi shooting pun tak tahu nak cakap macam mana sebab saya ni orang seni kadang-kadang rindu nak berlakon dan jumpa kawan-kawan artis serta kru produksi.. Mereka semua baik dan tidak pernah kecewakan saya malah saling menghormati. Saya selalu bercakap pada mereka, saya doakan mereka berjaya tapi kalau saya dah tiada jangan lupa sedekahkan al-Fatihah Mak Jah tak minta apa-apa,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.