Penyanyi Ashira Aziz akui terkejut apabila mendengar berita kematian bekas suaminya yang juga penyanyi, Bad Indigo, malam Khamis. Ketika dihubungi, Ashira berkata dia dimaklumkan mengenai khabar duka itu selepas beberapa orang wartawan menghubunginya untuk mendapatkan kenyataan. Bagaimanapun Ashira berkata, dia kemudian telah menelefon penyanyi Liza Hanim bagi mengesahkan berita pemergian arwah. “Saya baru tahu selepas ramai wartawan telefon saya. Mereka kata dapat berita selepas tengok posting kak Liza Hanim dekat IG. Saya pun telefon kak Liza untuk mengesahkan.
Betul Bad meninggal sebentar tadi, dekat tempat kerja dia dekat Cheras sebab sakit jantung katanya. Saya memang terkejut sangat, saya menggigil dan hilang kata-kata selepas terima berita pemergian dia. Sementara itu, Ashira berkata dia sudah lama tidak menghubungi arwah dan menyatakan mereka membuat haluan masing-masing selepas berpisah pada Jun tahun lalu. “Saya dah lama sangat tak menghubungi arwah, kami pun dah lama tak jumpa. Selepas kami berpisah itu ada juga berhubung satu sama lain. Kemudian berhenti mesej sesama sendiri.
Sebab masing-masing ada kehidupan sendiri, dia dengan kehidupan dia dan saya dengan kehidupan saya.” Dalam pada itu, ditanya mengenai kenangan sepanjang mendirikan rumah tangga dengan arwah, pelantun lagu Di Ombak Resah itu berkata mereka banyak menghabiskan masa bersama di rumah. “Waktu saya dengan dia pun memang dia sudah sakit, semua orang tahu dia sakit kencing manis. Kami banyak habiskan masa dekat rumah, tak keluar ke mana-mana sangat pun. Satu perkara tentang dia, dia memang seorang yang sangat baik, hati dia mulia.” Terdahulu, industri seni dikejutkan dengan berita pemergian Bad Indigo pada malam Khamis. Allahyarham dilaporkan pergi menghadap illahi akibat serangan jantung ketika di tempat kerja.
Untuk info, Ashira dan Bad mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021, namun disahkan bercerai pada Jun 2022. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.