TERUK dikritik berhubung isu Palestin sehingga kehilangan ratusan ribu pengikut di laman sosial, pempengaruh yang dikenali sebagai Syamimia sekali lagi tampil membuat permohonan maaf. Dia yang kini yang mempunyai kira-kira 860,000 berbanding 1.2 juta pengikut sebelum ini turut memohon maaf kerana menjadikan patung dewa Yunani sebagai perhiasan di rumahnya. Menurut wanita itu, perkara yang berlaku memberi pengajaran dalam kehidupannya. “Dengan rendah hati, saya Syamimia ingin sekali lagi memohon maaf kepada semua di atas kekurangan saya selama ini.
Isu Palestin dan ukiran patung David mengajar saya untuk menjadi seseorang yang lebih peka pada isu semasa dan ini merupakan pengajaran terbesar dalam hidup saya. Saya bersama Palestin,” demikian menurut Syamimia menerusi perkongsian di semua laman sosialnya, pada pagi Jumaat. Ujar Syamimia, patung tersebut juga sudah dilupuskannya. Jelasnya lagi, dia mengakui kesilapan yang dilakukannya terutama yang menyentuh soal sensitiviti masyarakat. “Saya bersyukur menerima bimbingan yang anda berikan dan saya mengaku bersalah kerana tidak prihatin tentang isu ini.
“Saya akui saya masih muda dan buat kesilapan. Kekurangan ini menjadi iktibar untuk saya perbaiki diri di masa hadapan. Sekali lagi saya ikhlas mohon maaf membuat anda berkecil hati dengan tindakan saya dan saya tiada niat untuk melukai sesiapa,” kata Syamimia. Jika sebelum ini Syamimia mempunyai seramai kira-kira 1.2 juta pengikut di TikTok, namun apa yang mengejutkan apabila jumlah itu merosot sehingga kurang ratusan ribu pengikut. Terdahulu, Syamimia didakwa tidak sensitif mengenai konflik yang melanda di bumi Gaza, sekali gus menyebabkan pempengaruh itu teruk dikritik warganet.
Rata-rata pengguna di laman sosial mempersoalkan sikapnya yang didakwa enggan berkongsi sebarang hantaran tentang nasib yang menimpa rakyat Palestin ketika ini. Malah patung dewa ‘David’ yang menjadi hiasan bagi kediaman orang bukan beragama Islam turut mendapat kritikan ramai. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.