Penyanyi, Adira Suhaimi menjelaskan kehadiran suami, Datuk Seri Adnan Abu ke program Famili Duo adalah untuk melihat anak mereka, Anggerik yang turut terlibat dalam persembahan duonya yang berlangsung pada malam Ahad. Ketika ditemui, Adira atau nama Siti Adira Binti Suhaimi berkata dia tidak pernah meminta suaminya itu datang ke program tersebut sebaliknya dia datang atas kerelaannya sendiri. “Saya sebenarnya tak ajak tapi suami nak datang tengok Anggerik buat persembahan. Selalunya memang saya tak pernah bawa suami ke mana-mana persembahan saya tetapi sebab Anggerik terlibat jadi dia mahu datang beri sokongan.”
Adira dan kakaknya, Emma Suhaimi yang mendendangkan lagu medley Tiada Tangis Lagi (Ella) dan Hukum Karma (Wings) telah berjaya menjadi duo terbaik pada minggu ketiga. “Alhamdulillah rezeki anak agaknya, kami menjadi juara minggu ini.” Sementara itu, Emma berkata, dia mengambil serius dengan komen-komen daripada juri sebagai satu tunjuk ajar baginya untuk melakukan yang lebih baik dalam persembahan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.