Tular baru-baru ini timbul dakwaan rumah tangga personaliti media sosial iaitu Aliff Teega dan isteri Aisyah Hijanah yang dikatakan sedang dilanda ujian dek kerana orang ketiga. Menerusi hantaran terbaharu di TikTok, Alif tampil membuat penjelasan tentang khabar angin tersebut yang dilihat semakin mendapat perhatian warganet. “Tujuan saya buat video ini adalah untuk meredakan apa sahaja spekulasi yang wujud antara saya dan Aisyah. Korang jangan risau tak ada apa pun yang berlaku okay sahaja, tak ada perpisahan.
Apa yang berlaku ni ujian buat kami. Tujuan saya adalah untuk fokus kepada keluarga dahulu. Aisyah ada bawa saya pergi berubat..tiga orang ustaz sebenarnya dan jawapannya hampir sama. Jawapan tentang ain..jawapan kedua adalah berkaitan dengan sihir pemisah.” Dalam pada itu, Alif juga mengulas tentang tindakannya menegur Aisyah yang berkongsi tentang kisah rumah tangga mereka ketika sesi siaran langsung di platform media sosial. “Berkenaan live Aisyah semalam, Aisyah sedang berniaga dan ada juga mendapat soalan daripada warganet mengenai video-video saya yang bertajuk ‘melepaskan’.
Video tersebut tiada sangkut paut dengan peribadi saya tetapi daripada Instagram Aisyah, warganet mula kerumun pada post tersebut. Pada waktu itu, Aisyah sedang menjelaskan video tersebut adalah video ‘healing’ yang dilakukan di sungai atas tujuan promosi buku. Tetapi ianya telah mengundang spekulasi, jadi Aisyah sedang menjelaskan hal yang sebenar. Dan pada waktu itu, saya tidak tahu Aisyah sedang menjelaskan hal sebenar dan bukanlah mengaibkan saya mahupun rumah tangga. Saya yang pada waktu itu mungkin terikut emosi sehingga terus menegur sewaktu live.”
Sementara itu, Alif turut mengakui kesilapannya dan memohon maaf atas segala spekulasi yang telah tercetus. Dia juga menghargai setiap usaha isterinya serta kenalannya yang banyak membantu menyelesaikan masalah rumah tangga mereka. “Saya ada silap, Aisyah pun ada silap. Kami telah pun bersama mencari hikmah & pengajaran daripada apa yang terjadi. Saya dan Aisyah memohon maaf atas segala spekulasi yang berlaku. Terima kasih kepada Aisyah atas usaha, tidak henti-henti mencari jalan untuk merubat gangguan tersebut. Dan, terima kasih buat rakan-rakan, masyarakat yang menjadi penasihat kami sepanjang ketegangan yang berlaku.
Sebagai ketua keluarga, saya sayangkan isteri dan anak-anak saya dan saya akan mempertahankan apa yang telah kami bina bersama.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.