Muat naik gambar terbaru, ramai yang terkejut bila tengok Datin Elvina punya fesyen

Pelakon cantik Datin Elvina Mohamad jadi perhatian warganet apabila mengenakan busana dress labuh berwarna biru gelap ketika menghadiri sebuah acara fesyen. Menerusi perkongsian fotonya di Instagram, rata-rata warganet menganggap fesyen yang dipakai Elvina tidak bersesuaian apabila dia memakai dress yang terdedah di bahagian dada namun meletakkan skaf di atas kepala seakan bertudung.

Susulan itu, ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan komen teguran dan kritikan daripada warganet dan peminatnya. Malah, ada segelintir warganet turut menganggap perbuatan Elvina itu seperti mempersendakan agama atau wanita yang berhijab. Walaubagaimanapun, selepas beberapa jam hantaran itu dibuat Elvina telah menutup ruangan komennya.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.