Pengacara sensasi, Azwan Ali atau dikenali Diva AA memaklumkan dirinya akan saman malu terhadap usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri sebanyak RM100 juta. Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah video dimuat naiknya melalaui platform X dengan menyifatkan perbuatan usahawan tersebut adalah melampau. Pemilik nama Mohamed Azwan Haji Ali berkata, dirinya tidak kisah seandainya terdapat individu atau mana-mana pihak menganggap video tular baru-baru ini adalah ‘marketing’. Tetapi, tidak bagi dirinya. Klik sini untuk lihat video.
“Dah pun viral ya cerita Diva AA akan saman malu Datuk Seri Aliff Syukri RM100 juta, no joke. Lantak koranglah, ingat berlakon ke apa ke kan? Mak bapak kau punya pasal. Tapi Diva akan saman sebab dah pun viral cerita Aliff Syukri tarik rambut Diva ya,”ujarnya. Sebelum ini. tular sebuah video memaparkan pertelingahan antara Diva AA dan Aliff Syukri sewaktu pementasan di Singapura sehingga meraih perhatian ramai. Mana tidaknya, Aliff Syukri dilihat menarik rambut Diva AA dengan sangat kuat sambil mengheretnya di atas pentas.
Akui Diva AA, dirinya rasa sakit apabila rambutnya ditarik dengan kuat oleh usahawan berusia 36 tahun itu dan menganggap perbuatan tersebut seakan mahu membalas dendam. “Dia tarik tu all out ya dan memang sakit sewaktu pementasan di Singapura. Saya akan dakwa di mahkamah sebab dia buat tu macam nak balas dendam. Dia bagi alasan ni rambut palsu. Rambut palsu ke apa ke kau buta ke? Mustahil tak nampak rambut ni original. Dia tarik tu memang sakit, siap seret saya lagi. Nampak sangat macam ada penganiayaan,”luahnya sambil menyeka air mata.
Pengacara berusia 57 tahun itu dilihat menitiskan air mata mengenangkan kejadian tersebut. Sementara itu, Aliff Syukri meminta kepada orang ramai untuk tidak mendengar cerita daripada satu pihak sahaja selepas tularnya video dia menarik rambut Diva AA. Menulis di ruangan kapsyen, Aliff meminta pelawak Shuk Sahar untuk tidak memprovok Azwan dan berhenti menghantar video berkaitan Azwan kepadanya. Katanya, dia tidak mahu memulakan pergdhn dan telah pun bersifat profesional semasa acara tersebut berlangsung walaupun dia tidak menjangka Azwan akan berada di sana.
“Saya harap Shuk Sahar jangan provok dia ni dan jangan bagi apa-apa video dia ke saya. Saya malas nak bergaduh. Saya hormat dia pada awalnya dan bersifat profesional walaupun saya terkejut dia dijemput ke acara ini. Pada awalnya saya tidak tahu yang dia ada, saya dah bagi tahu piak penganjur saya tak senang dengan dia. Dia mulakan dulu sebab tu saya bertindak, saya tidak akan bertindak kalau dia tak mengacau kehidupan saya,” katanya. Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan daripada kedua-dua pihak sama ada ia merupakan marketing ataupun bukan dan Azwan belum mengeluarkan surat saman secara rasmi kepada Aliff.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.