Usahawan selebriti, Neelofa ingin menamatkan ‘perang dingin’ dengan aktres dan penyanyi, Fazura. Ketika ditemui, Neelofa, 34, berkata dia ingin meletakkan noktah kemelut bersama Fazura yang sudah masuk tahun ke-13. Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, dia yakin isteri kepada pelakon, Fattah Amin juga akan melakukan perkara yang sama. “Bila saya fikir balik, dah berbelas tahun perkara ini berlaku. Takkan saya nak tunggu berpuluh tahun baru nak lakukan sesuatu. Jika saya diberikan peluang dan ruang untuk berdamai dan meletakkan segalanya di belakang, saya akan sambut dengan baik. Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama. Klik sini untuk lihat video.
Jika kedua-dua belah pihak boleh lakukan perkara ini, saya rasa ia akan memberi kesan baik kepada peminat masing-masing. Tiada lagi pihak yang akan mengapi-apikan.” Neelofa berkata demikian ketika majlis pelancaran air minuman Moma x Neelofa yang diadakan di Le Meridien Kuala Lumpur, pada Khamis. Tambah pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot, dia dan Fazura sama-sama sudah mempunyai keluarga dan kehidupan sendiri. “Dua-dua pun nak teruskan hidup, nak buat bisnes dan sebagainya. Kalau asyik diapi-apikan lagi , saya pun dah tak larat nak lalui.
Kami sebenarnya tiada apa-apa. Saya nampak dia pun tak ada cari pasal atau cakap apa-apa pasal saya. Yang lebih-lebih adalah orang luar yang tak ada kaitan dengan hidup kami.” Dalam pada itu, isteri kepada PU Riz terbuka untuk bertemu secara empat mata dengan ibu kepada Nur Fatima Aisya. “I would love to meet her.” Kemelut kedua-dua selebriti popular itu tercetus ketika pembabitan awal Neelofa dalam industri. Baru-baru ini, seorang individu dipercayai peminat tegar Neelofa didakwa menyindir Fazura dengan mendakwanya membuka tudung dan berhibur di sebuah pusat hiburan di Jakarta, Indonesia.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.