Umum lagi kita ketahui de ngan status kesihatan pelakon ini. Dari hujung talian terdengar sayup suara penulis lirik terkenal ini menjawab salam. Walaupun nadanya agak lemah, namun Bob Lokman tetap menggagahkan diri menjawab panggilan. Berkongsi keadaan terkininya, dengan suara yang termengah-mengah, Bob memaklumkan kesih.atannya kembali me.rosot apabila cepat letih dan tidak mampu untuk bergerak aktif seperti selalu. Sejak dua hari lalu, saya mudah penat. Hendak bernafas pun terc.ungap-c.ungap. Disebabkan itu, saya perlu banyak berehat. Hari raya tempoh hari, saya banyak terbaring atas katil. Kalau hendak bangun pun, saya kena bergerak perlahan-lahan.
Dari segi pemakanan, selera hendak makan itu ada tetapi kena kawal. Ini kerana p.roses penghadaman mengambil masa lama. Keadaan itu akan membuatkan saya berasa tidak selesa, katanya. Pada 2020, Bob atau nama sebenar, Mohd Hakim Lokman, 58, pernah menjalani pembedahan memasukkan alat Impl.antable Auto.matic Cardi.overter Defib.rillator IACD untuk menstabilkan denyutan jantung, di H.ospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Biarpun sudah berapa kali dimasukkan ke h.ospital dan ditempatkan di unit ra.watan rapi ICU disebabkan s.akit jantung serta pelbagai komplikasi lain, penulis lirik Isabella dan Taman Rashidah Utama itu tetap bersemangat kental dan enggan menyerah kalah.
Katanya “Walaupun dalam keadaan seperti ini, saya tidak akan putus asa. Saya akan terus berikhtiar mengubati pen.yakit ini. Lagipun, apa pilihan yang saya ada. Selagi hidup, saya akan terus berjuang. Saya bersyukur kerana ada keluarga, isteri dan anak-anak yang tidak p.utus-p.utus memberi semangat dan sabar menjaga saya. Tidak lupa juga kawan-kawan yang terus memberi sokongan moral dan mat.erial sepanjang berdepan ujian Allah ini. “Kesudian mereka yang sanggup datang dari jauh semata-mata kerana mahu menziarah saya, amat dihargai,” katanya yang kini menetap di Kota Bharu, Kelantan.
Dalam perkembangan berkaitan, Bob yang menjalankan perniagaan menjual serunding mengucapkan terima kasih kepada Perdana M.enteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin kerana sudi menghulurkan sumbangan memudahkan urusan pembelian alat ba.ntuan pernafasan. “Saya memang memerlukan mesin ba.ntuan pernafasan. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan isteri serta rakan industri termasuk Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad MACP kerana sudi memberi sumbangan berbentuk wang untuk membeli mesin itu.
Kita Berserah Sahaja
“Alhamdulillah, dengan bantuan kawan-kawan dan individu lain yang tidak saya kenali, sumbangan dihulurkan amat saya hargai. Sumbangan mereka itu dapat juga digunakan untuk menampung serba sedikit kehidupan kami sekeluarga, katanya. Sementara itu, mengulas lanjut keadaan kesi.hatan Bob, isterinya, Relawati Daud memberitahu, tahap penggunaan jantung Bob tinggal 10 peratus sahaja. “Menurut doktor, tahap penggunaan jantung suami tinggal 10 peratus. Kita berserah sahajalah. Suami tidak boleh hendak bergerak aktif seperti sebelum ini. Kena banyak berehat.
Kalau hendak pulih pun kena ambil masa dan perlu melalui pelbagai fasa. Kalau suami banyak bergerak, dia akan cepat letih. Selain perlu membuat rawatan susulan di H.ospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, suami juga kena makan ubat. Ra.watan susulan berikutnya adalah akhir bulan depan, katanya. April lalu, Bob dimasukkan ke unit ra.watan rapi ICU pusat R.awatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia SasmecIIUM di Kuantan, Pahang kerana berhadapan m.asalah buah pinggang. Aktif sejak 1988, Bob yang pernah menjadi hos Anugerah Industri Muzik AIM, menghasilkan dua lirik lagu untuk Hattan iaitu Memb.uru Rindu dan Rendang Tidak Berbuah.