Berita perkahwinan kedua pempengaruh, Alif Teega hangat menjadi perbincangan di media sosial malah ramai yang bersimpati dengan nasib isteri pertama Alif iaitu Aisyah Hijanah yang kini sedang hamil 5 bulan. Terbaharu, pelakon cantik iaitu Puteri Sarah Liyana yang juga pernah melalui fasa ‘bermadu’ sempat berkongsi pendapatnya berhubung isu terbabit. Menerusi perkongsian di Instagram, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berpesan kepada Aisyah agar membuat keputusan yang tidak memudaratkan sebaliknya boleh membahagiakan dirinya dan anak-anak.
“Buat keputusan yang buat apa gembira jika tidak memudaratkan. Sarah? Saya bahagia dengan keputusan saya dan saya masih teguh dengan pendirian. ” Dalam pada itu, Sarah sempat meninggalkan nasihat supaya tidak mendengar hasutan orang lain dalam membuat keputusan. Tetapi buat lah keputusan yang terbaik untuk diri dan anak-anak. “Jangan dengar hasutan orang lain, jangan biar orang lain buat keputusan untuk kita. Fikir apa yang terbaik untuk awak dan anak-anak. Allah SWT ada dengan awak.” Meskipun Puteri Sarah tidak menyebut nama mana-mana individu, tetapi wargamaya percaya hantaran tersebut mempunyai kaitan dengan isu yang tular baru-baru ini.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.