Pelakon, Puteri Sarah Liyana menyelar tindakan segelintir warganet yang yang didakwa secara sengaja mengajukan soalan tentang bekas suaminya, Syamsul Yusof. Menerusi siaran langsung di TikTok, pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dilihat berang dengan komen-komen yang ditinggalkan oleh warganet dan bertindak menegur perbuatan mereka. Menurut aktres ini, dia tidak mahu warganet mengaitkan nama Syamsul kerana menghormati status pengarah sensasi itu sebagai suami orang. Klik sini untuk lihat video.
“Aku tak fahamlah, dah balik daripada umrah pun masih ada komen-komen yang ajak Sol (Syamsul Yusof). Faham tak dia tu suami orang, kau gila ke apa? Saya baru balik umrah, saya nak jaga lisan saya. Saya nak jaga percakapan saya dan saya dah berniat saya dah malas nak cakap apa-apa. Tapi boleh tak korang ni menggunakan akal fikiran?” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Puteri Sarah agar tetap bersabar dan mengabaikan kata-kata negatif berkenaan.
“Sabar banyak-banyak Sarah, semoga Sarah tabah dengan apa yang orang cakap. Jangan dilayan. Abaikan saja orang yang bertanya tu lama-lama dah penat berhentilah dia. Buatlah yang terbaik semoga rezeki Sarah mengalir terus. Banyakkan sabar. Tetaplah istiqamah dengan dugaan, tetaplah positif, biasalah hati orang yang tak faham. Tetaplah teruskan niat yang baik tu. Jaga diri. Orang tu cari rezeki, yang jenis hati busuk kalau tak suka jangan gatal masuk live Sarah.” Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar pada 6 Januari lalu, di Thailand.
Sekadar info, Syamsul pernah mendirikan rumah tangga bersama Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu berpisah talak satu pada 14 Jun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.