Dikenali selepas sering berkongsi resepi mudah sehingga menjadi ikutan ramai, pempengaruh yang juga usahawan, Khairul Aming sekali lagi mencetuskan inspirasi dalam kalangan pengikut media sosial. Terbaharu, hantaran video inspirasi dimuat naik pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman memaparkan perjalanannya menurunkan berat badan sehingga 20 kilogram (kg) sepanjang tahun 2023 menjadi bualan ramai. Menerusi hantaran tersebut, pempengaruh berusia 31 tahun itu berkata adalah tidak mudah buat dirinya untuk mencapai kejayaan tersebut selain terus berusaha dan istiqamah menjayakan misi nak sihat 2023. Klik sini untuk lihat video.
“Pada awal Januari, aku dapat kesedaran untuk sihatkan balik badan ini (kurus) kerana tidak menjaga pemakanan, bersenam, baju semua dah ketat. Jadi, aku mengambil keputusan untuk menjaga pemakanan dulu. Nasi masih makan, tapi timbang untuk pastikan kalori defisit itu ada. Jangan suruh aku berhenti makan nasi, aku tak boleh buat,” ceritanya. Pada Februari, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk bersenam di gimnasium yang disediakan di kondominium miliknya kerana tidak berani untuk ‘workout’ di hadapan khayalak ramai.
“Masuk bulan Mac, aku berani diri pergi ke gim (luar) dan mengalami sakit badan. Bulan April, aku memutuskan untuk menggunakan perkhidmatan personal trainer untuk belajar cara bersenam yang betul di gim,” kongsinya lagi. Akui pempengaruh yang mempunyai 3.8 juta pengikut di platform Instagram, dirinya berasa agak membosankan dengan melakukan aktiviti harian yang sama. Namun, segalanya sudah menjadi rutin harian dan tidak perlu lagi menimbang makanan setiap kali makan.
Pada akhir video, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu berharap agar lebih ramai orang di luar sana terutama pengikut media sosial untuk mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat seperti dirinya. Dalam pada itu, Khairul Aming menitipkan nasihat buat orang ramai agar tidak mudah berputus asa untuk mengubah gaya hidup sihat. Rata-rata warganet teruja dengan menyatakan perasaan tidak sabar mahu untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat selepas melihat perkongsian positif daripada pempengaruh berkenaan.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.