Baru-baru ini, tular video memaparkan pelakon Puteri Sarah menjawab soalan daripada warganet yang mengatakan dirinya semakin berisi. Warganet itu turut mengatakan bahawa bawah dagu Puteri Sarah sudah tebal. Tidak hanya berdiam diri, Puteri Sarah membalas semula. Puteri Sarah berkata dia semakin berisi kerana sudah bahagia dan mereka yang tidak rasa bahagia akan kurus. “Gemok Sarah sekarang bawah dagu dah tebal,” kata warganet. Klik sini untuk lihat video.
“Eh iye lah, aku dah happy, aku dah bahagia mestilah dah gemok, ade ke tengok orang happy makin kurus?Orang tak bahagia je kurus, kalau orang bahagia dia mesti beris,” katanya. Diruangan komen video dikongsikan seorang pengguna TikTok itu, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Puteri Sarah itu. Tidak kurang juga, ada yang mendakwa Puteri Sarah seolah memerli isteri kepada bekas suaminya iaitu Ira Kazar kerana berbadan kurus. Ada saja warganet ni, berisi sebab bahagia pun nak kaitkan dengan orang lain.
Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.