April lalu, hangat diperkatakan mengenai isu keretakan rumah tangga pempengaruh View Chin dan Shermine, isu itu berikutan dengan tularnya kecrngn View Chin bersama pekerjanya sendiri. Setelah beberapa bulan berlalu, Shermine ketika ditemubual mengatakan, dia kini sudah move on dan mahu fokus kepada kerjayanya pula. Jelasnya lagi, dia akui perpisahan adalah kenangan pahit dalam hidupnya, manakala anak-anak menjadi pembakar semangat untuk Shermine ‘bangkit’ semula. Klik sini untuk lihat video.
Kata Shermine, dia akui pada mulanya dia tidak yakin jika dirinya boleh berjaya akibat perpisahan itu, namun begitu setelah dia harungi setiap cabaran satu per satu, ia nampaknya membuahkan hasil. “Kalau kita nak sebenarnya, kita memang boleh, bukan dengar cakap orang yang kita rasa kita tak boleh.” Berkenaan dengan status hubungan dirinya, Shermine menjelaskan dia kini masih belum mempunyai cinta hati sebagai pengganti, sebaliknya hanya mahu fokus kepada kerjaya dan anak-anaknya.
“Kena tunggu orang yang betul-betul hargai kita, sayang kita, tunggulah dia muncul, sekarang ini belum muncul lagi.” Dalam pada itu, Shermine juga menjelaskan bahawa hubungannya dengan bekas suami kini dah semakin baik bagi menjaga perasaan dan emosi anak-anaknya. “Sekarang saya dengan bekas suami ada bincang untuk mengutamakan anak, kena jaga hati anak, yang penting ibu sayang korang, ayah pun sayang korang, saya nak mereka tahu yang tak semuanya berubah, kalau ada perayaan kita masih boleh raikan sama-sama.”
Kenyataan itu dibuat setelah ditanya berkenaan dengan foto dirinya bersmaa View Chin meraikan hari natal bersama anak-anak. Berkenaan dengan status bekas suaminya kini, Shermine menjelaskan bahawa dia tidak tahu menahu berkenaan dengan hal peribadi View Chin dan kurang berborak mengenai hal itu. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.