Hanya dia dan bekas suami yang tahu punca sebenar, Shakilla Khoriri nafi dakwaan Ameena alahan dengan kucing

Sebelum ini, pelakon Shakilla Khoriri menafikan dakwaan mengatakan dirinya menghalang bekas suami yang juga penyampai radio, Fizi Ali untuk berjumpa dengan anak mereka, Ameena Sofia. Terbaharu, timbul pula dakwaan seorang individu mengatakan Shakilla pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia menghalang Fizi berjumpa anaknya kerana isteri baharunya, Siti Zulaikha memelihara kucing. “Hari itu ada terbaca komen orang lain dengan IG, dia cakap sebab Ameena alah dengan kucing. Dan isteri baru Fizi bela kucing, itu yang tak bagi jumpa kan, risau Ameena sakit.”

Bagaimanapaun, ketika dihubungi, Shakilla atau nama lengkapnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, menafikan dakwaan individu terbabit. “Tak, tidak betul (dakwaan alahan kucing). Tak pernah cakap pasal isu Ameena alah dengan kucing atau apa pun punca dengan apa yang terjadi sekarang.” Tambah pelakon Suri Hati itu, hanya dia dan bekas suami sahaja yang mengetahui punca sebenar polemik yang melanda.

Terdahulu, Shakilla memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai hantaran yang dimuat naik Fizi yang disifatkan murahan. Jumaat lalu, Fizi meluahkan kerinduan terhadap anak tunggal mereka, Ameena Sofia, 4, seolah-olah cuba memberitahu yang mereka sudah lama tidak berjumpa. Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2018, namun berpisah pada Disember 2021. Kemudiannya, Fizi mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.