Setelah sekian lama menyepi terkejut bila tiba tiba Nonny Nadirah mengaku kini dah tak bertudung

Lama rasanya tak dengar cerita tentang pelakon Nonny Nadirah. Baru-baru ini perkongsian Nonny mengundang tanda tanya seperti ditujukan kepada seseorang. Menerusi entri itu, Nonny seolah meluahkan rasa marah dan kesal terhadap seseorang yang tidak berhenti menganggu kehidupannya. Turut menjadi perhatian Nonny juga mengaku dia tidak lagi bertudung dan tidak berhenti diganggu sejak dia mula berubah serta berhijab dahulu.

“Aku berubah kerana Allah SWT, bertudung, solat, macam macam kau buat. Ujian mengalahkan ujian Tuhan. 3 tahun aku diam.  Sekarang dah tak bertudung, tiada amalan apa lagi yang kau nak buat?” tulisnya. Dalam pada itu, Nonny turut memberikan amaran keras kepada individu berkenaan agar tidak mempermainkan isu agama. “Korang nak buat apa dengan aku buatlah, tapi bab AGAMA ISLAM jangan main-main dengan aku!” tulisnya. Tidak dapat dipastikan ianya ditujukan kepada siapa namun Nonny dipercayai meluahkan rasa kesal kepada individu yang menghantar sihir kepadanya.

Sebelum ini, Nonny mendedahkan dia berdepan kehidupan sukar akibat gangguan sihir daripada individu yang dikenalinya beberapa tahun lalu. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.