Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Shuhada Shukri meluahkan rasa terharu akhirnya berjaya memiliki kereta pertama. Menerusi perkongsian di Instagram, Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, berkata, pencapaian tersebut merupakan berkat kesabaran dan usahanya selepas menjadi wajah kepada sebuah produk pelangsingan. Difahamkan, kenderaan jenis Honda HR-V telah dibeli oleh Shuhada pada April 2023. Klik sini untuk lihat video.
Mungkin bagi orang lain biasa biasa je. Tapi bagi Shu, Shu dah cuba cabar diri Shu to be different & be a better person on 2023. Even as a single mom! Dilepaskan without single cents in my bank account. Meskipun dilepaskan tanpa mempunyai sebarang simpanan dalam akaun namun berkat usaha kerasnya selama setahun, Shuhada akhirnya berjaya meraih pendapatan sendiri untuk menampung keluarga. Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar berusia 4 tahun.
Pasangan itu bagaimanapun sah berpisah pada 27 Julai tahun lalu selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor menetapkan lafaz yang dibuat pada 22 Februari sebelumnya adalah sah. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.