USAHAWANÂ kosmetik Eriyca Baiduri menjadi bualan hangat warganet selepas tular perkongsian membeli semua ‘seat’ pawagam untuk menonton filem kerana dirinya seorang introvert. Mengakui ia hanya gurauan semata-mata, Eriyca atau lebih mesra disapa Madammu, 34, menjelaskan dia dan suami iaitu Muhammad Azri tidak membeli semua tiket, sebaliknya pawagam tersebut tiada penonton ketika tayangan filem berkenaan.
Malah, dia sendiri terkejut dan menyangka tersalah masuk ke bilik panggung kerana tiada penonton lain melainkan mereka berdua. “Ada plot twist sebenarnya. Saya dan suami pergi menonton wayang itu selepas musim cuti sekolah. Sampai saja dalam panggung wayang, kami ingatkan salah hall. Masuk saja hall tu kosong tak ada orang. Kami nak keluar panggung dah tapi rupa-rupanya memang saya dan suami sahaja yang menonton pada ketika itu. Jadi saya pun saja buat kapsyen cakap kami book satu hall. Sebenarnya kami tidak book satu hall tu pun, tak pernah-pernah kami tonton wayang tapi hall kosong seperti itu,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini, Madammu memuat naik satu hantaran di TikTok memberitahu sikap introvert pada dirinya membuatkan dia terpaksa menempah satu panggung untuk menonton filem. “Sejenis introvert! Jadi kita beli la semua seat,” tulisnya. Menyedari kapsyen ditulis itu mengundang pelbagai persepsi warganet, Madammu lebih selesa membiarkan mereka terus membuat andaian sendiri. Pengasas produk Noir ini bagaimanapun berkata dia tidak terasa hati dengan apa sahaja komen yang ditulis di media sosial.
“Kapsyen yang dibuat itu saya hanya bergurau sahaja. Soal introvert itu tidak ada kena mengena dengan tengok movie. Tiba-tiba saya tengok kapsyen itu sudah viral di media sosial. Saya pun biarkan sahajalah. Apa yang warganet katakan pada saya, nak tunjuk kayalah, mengada-ngada tiba-tiba jadi introvert, semua saya maafkan saja. Tidak mengapalah. Tapi seronok juga lihat mereka (warganet) bergdh dalam komen, itu sebabnya saya biarkan saja. Mereka ini kelakar sebenarnya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Madammu mengakui bosan dan tidak seronok menonton wayang tanpa penonton lain. “Sejujurnya sepanjang kami tonton filem tersebut, rasa seperti nak balik saja. Bosannya sampai bulu roma pun naik sebab sunyi sangat. Serius memang bosan betul,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.