Baru-baru ini, usahawan jelita, Datin Vivy Yusof berkongsi satu hantaran di Instagram Story mendedahkan bahawa suaminya, Datuk Fadza Anuar menukar dompetnya yang berjenama mewah. Menerusi hantaran Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, suaminya membuat keputusan untuk menukar dompetnya kerana jenama tersebut menyokong tindakan Zionis. Vivy turut meluahkan rasa bangga terhadap Fadza kerana sanggup membuat keputusan sedemikian. “Bangga dengan suami saya hari ini. Dia ucapkan selamat tinggal pada dompet LVnya kerana dia tidak menyokong lagi.”
Dalam pada itu, usahawan berusia 36 tahun itu turut menunjukkan sokongannya terhadap negara Palestin yang sedang ditimpa musibah. Ibu kepada empat cahaya mata itu juga sempat menyebarkan kesedaran kepada pengikutnya tentang jenama mewah tersebut yang banyak membantu tindakan Zns. Vivy juga menyatakan dia dan keluarga sedaya upaya untuk tidak menyokong mana-mana jenama yang terlibat dengan Zionis. “Menyokong kemanusiaan. Cuba sedaya upaya untuk tidak menyokong jenama yang mempunyai pautan kepada Zns membnh rakyat Palestin.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.