ISTERI kepada penyampai radio Suria FM iaitu Ajak terpaksa dibawa mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor pada awal pagi Khamis selepas mengadu sakit kepala sejak malam Rabu. Kata Ajak atau Mohamad Hanaffi Razak, 38, dia yang sedang bersiap untuk memulakan tugas di konti bagaimanapun menghubungi pihak pengurusan stesen untuk mendapatkan cuti kecemasan. “Bangun pagi tadi (Khamis) saya lihat isteri menangis dalam selimut, katanya sakit kepada sejak semalam (Rabu). Saya pun jadi panik melihat keadaan dia.
“Dia minta bawakan ke klinik atau hospital, tetapi saya kata tidak boleh sebab sudah lama bercuti. Namun melihat keadaan dia saya terus hubungi pejabat dan maklumkan ada kecemasaan,” katanya ketika di hubungi. Ajak turut berkongsi video isterinya, Nur Afifah Anim terbaring di katil unit kecemasan hospital berkenaan. Sementara itu, Ajak berkata dia masih keputusan perubatan dan punca sebenar masalah yang dialami isterinya itu. “Doktor akan melakukan pemeriksaan imbasan (scan) di bahagia kepala. Sekarang ini belum tahu lagi apa masalah dia.
Saya pun tidak tahu apa punca dia sakit kepala dan hanya tunggu keputusan ujian nanti,” ujarnya. Dalam masa sama Ajak turut memohon doa orang ramai agar isterinya diberi kesembuhan segera dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan serius. “Terima kasih kepada yang ramai prihatin dan doakan isterinya. Semoga tiada yang serius dan isteri akan segera pulih. Buat masa sekarang isteri akan ditahan di wad dahulu untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan susulan,” jelasnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.