PELAKON Rita Rudaini tidak pernah mendabik dada apabila menghantar dua anak lelakinya ke sekolah swasta sebaliknya ingin memberikan pendidikan terbaik buat mereka. Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, berkata, dia tidak kisah berhabis demi memberi peluang kepada anak-anak memperoleh pengalaman menimba ilmu di tempat lebih baik dan selesa. “Susah payah saya berbaloi bila saya beri pendidikan terbaik dan selesa untuk anak-anak. “Bukan nak berlagak bagi sekolah private tapi saya tak pernah rasa masa kecil. Apa salahnya saya tengok anak-anak saya merasa.
“Memang belanja agak besar untuk saya tanggung semuanya seorang diri tapi saya rempuh juga dalam keadaan struggle dan ada masa nyawa-nyawa ikan jugalah,” katanya. Rita berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya. Dalam pada itu, Rita mendedahkan sepanjang pandemik Covid-19 dia terpaksa menggunakan segala wang simpanan bagi meneruskan kehidupan disebabkan tidak mempunyai sebarang tawaran berlakon.
Kata Rita, dia tidak mempunyai peluang berlakon selama tiga tahun kerana tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19. “Saya pernah tiga tahun hilang pekerjaan disebabkan oleh PKP. Sama macam orang lain juga tapi yang makan gaji, gaji mereka tetap jalan… yang tak makan gaji macam saya? Lagi pula saya tidak dibenarkan bekerja sebab tidak mengambil vaksin. Macam mana saya dan anak-anak survive? Segala wang simpanan saya gunakan dan berharap hanya pada Allah permudahkan segala-galanya buat kami,” katanya.
Mengakui bukan mudah bergelar ibu tunggal, pelakon filem Mami Jarum itu juga berkongsi dirinya sudah tidak mengenal erti penat dalam membesarkan anak-anak seorang diri. Tambah Rita, dalam tidak sedar anak-anak yang dijaga sendirian sejak kecil itu kini sudah membesar dengan baik di depan matanya sendiri. “Ibu tunggal macam saya ini tak tahulah bila kali terakhir perkataan penat dan letih keluar dari mulut dan bila kali terakhir menangis kepenatan. Saya pun dah tak ingat dan tak sempat untuk melayan perasaan itu semua kerana terleka dengan figura anak kecil yang sudah semakin membujang depan mata saya,” katanya.
Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Aidil Zafuan pada 2008. Namun ikatan perkahwinan mereka berakhir dengan perpisahan apabila pasangan itu berpisah pada September 2023. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia 13 tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.