KARAKTER dan personaliti berbeza antara pengacara Ain Edruce dan suaminya iaitu Amirul Hafiz sering menjadi bualan dan usikan peminat di media sosial. Ain dikenali sebagai individu yang ceria dan berperwatakan ‘gila-gila’ dilihat cukup berbeza dengan karakter suaminya itu. Berkongsi detik awal pertemuan mereka, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 32, memberitahu dia dan Amirul mula bertegur sapa menerusi laman Instagram.
Kata Ain, dia tertarik dengan sikap Amirul yang dilihat cukup bersahaja dan tidak terlalu mencuba untuk memikat dirinya. “Kenal di Instagram, Amirul cuma cadangkan tempat sebab masa itu saya berada di Bali. Tapi mula-mula dia tegur subang saya. Dia tak nampak macam nak mengurat jadi buat saya nak kenal dia,” katanya. Ain berkongsi perkara itu semasa sesi temu bual dalam podcast kendalian Amelia Henderson di saluran YouTube Studio Sembang.
Cerita Ain lagi, semasa perkenalan itu dia tidak pernah melihat wajah Amirul secara jelas kerana akaun Instagram suaminya berada dalam mod privasi. Namun, hatinya tertarik untuk berkenalan dan mengenali mengenali Amirul dengan lebih dekat. “Dengan dia sebenarnya saya blind date… tak pernah tengok muka dia sebab Instagram dia privasi. Muka pun tak nampak waktu itu,” ujarnya. Nekad bertemu buat kali pertama, Ain mengakui terkejut melihat penampilan Amirul yang dilihat seperti seorang mat rempit.
“Jadi pertama kali jumpa saya memang reject dia… rempit mana aku jumpa ini. Kita orang jumpa dekat Birch, Kuala Lumpur. Dia pakai snapback letak belakang… hoddie, seluar pendek dan selipar. Aku pakai cantik tau waktu itu. Dia siap merokok dekat restoran itu… dengan panggil pelayan restoran dengan bunyi pelik,” kongsinya. Ain bagaimanapun berkata dia tetap berminat untuk meneruskan perkenalan dan beberapa kali keluar bersama selepas itu. “Bila dah banyak kali keluar… dia tak macam orang yang pertama kali saya jumpa pun,” katanya lagi.
Untuk rekod, Ain berkahwin dengan ahli perniagaan, Muhammad Amirul Hafiz, 31, pada 13 Disember 2019 dan dikurniakan cahaya mata, Soraya pada 19 Mei 2021. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.