Hubungan baik dan keakraban yang terjalin antara Puteri Sarah Liyana dengan aktor Indonesia, Andi Arsyil bukan lagi rahsia. Malah ramai penonton akui suka melihat gelagat mereka setiap kali muncul bersama dalam sesi siaran langsung di TikTok. Terbaharu, tular satu video di TikTok memaparkan Andi atau nama sebenarnya Andi Arsyil Rahman, Puteri Sarah dan beberapa individu lain berada di dalam lift. Kemudian, Andi memaklumkan kepada Puteri Sarah bahawa di belakangnya terdapat ‘kecoak’ yang membawa maksud adalah seekor lipas. Puteri Sarah tiba-tiba menjerit ketakutan, rupa-rupanya Andi sengaja mengusiknya. Klik sini untuk lihat video.
Kalau tak dicubit, dipkl. Hanker badan kita. Kalau bukan dipkl, dicubit, dicakar..gigit. Tak dinafikan, wargamaya akui suka melihat gelagat mesra Puteri Sarah dan Andi malah ada di antara mereka mendoakan agar kedua-dua pelakon itu dipertemukan jodoh bersama. Menurut wargamaya lagi, Andi sememangnya suka bergurau dan menyakat Puteri Sarah dan mereka berpendapat itu secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan mereka berdua. “Ada makna tu, Andi nak Sarah duduk sebelah dia.” “Andi memang suka kalau Sarah cubit, sebab tu kuat menyakat.” “Puteri Sarah memang aura besar buat kita, jadi angau. Suka tengok diorang ni”
Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu berpisah talak satu pada 14 Jun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.