UNGKAPAN tiada yang betul atau salah dalam berfesyen sering menjadi ‘pegangan’ mereka yang gemar mengikut trendkini. Namun kadangkala, fesyen yang diikuti itu tidak sesuai digayakan mengikut majlis, lokasi mahupun status terutama mereka yang mengenakan imej muslimah. Seperti gambar tular, seorang gadis berhijab dilihat menggayakan seluar jeans pendek paras lutut atau dikenali sebagai jorts bersama stoking panjang paras paha di samping baju-T lengan pendek jenis oversized. Bagi melengkapkan gaya ‘muslimah’ itu dia juga dilihat mengenakan inner lengan panjang.
Bukan itu sahaja, dia turut mengenakan kasut sneakers yang sering digunakan untuk bermain futsal. Sekali pandang, pasti ramai menyangkakan dia baru lepas menyertai kejohanan futsal, tambahan pula gambar yang dikongsikan itu adalah pada waktu malam. Penampilan fesyen yang dianggap pelik itu membuatkan ramai pencipta kandungan atau content creator tampil memberi ulasan dan menunjukkan cara pemakaian seluar jenis jorts yang sebenar. Turut sama memberikan pandangan adalah seorang pelayar TikTok yang gemar berkongsikan info berkaitan baju bundle dan pelaburan.
“Sebab tu aku selalu pesan, nak fashion jangan ikut orang sekeliling… takut benda yang orang pakai time futsal, kau pakai buat jalan,” ujar seorang pencipta kandungan di TikTok. Malah katanya, penampilan gadis tersebut juga tidak bersesuaian dengan imej bertudung kerana seluar yang digayakan adalah pendek dan tidak menepati imej muslimah sebenarnya. “Dia pakai tudung dengan seluar pendek… kemudian mention muslimah,” tambahnya di ruangan komen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan ulasan yang diberikannya di samping mengkritik penampilan yang digayakan gadis berhijab tersebut. Segelintir pula menyatakan gadis tersebut tersalah ‘percaturan’ dalam menggayakan fesyen jalanan atau streetwear. “Mana dia beli confident tu? Tak tahu la kenapa orang cakap style macam tu gempak. “Memang ramai kecam, pakaian entah apa-apa. Fesyen makin merepek, yang sokong pun sama je tak ada otak.
“Perempuan ni bertudung, tapi nak pakai baju style orang perempuan freehair atau lelaki. Sebab tu yang jadi versi muslimah… tapi jadi lawak. “Rakan sekerja aku kritik dia tapi aku positif walaupun dalam hati tak setuju… mungkin dia nak main futsal lepas tu, senang tak payah tukar,” ujar beberapa warga maya. Sebagai panduan bersama, umat Islam hendaklah berpakaian mengikut peraturan yang ditetapkan syarak walau dengan fesyen terkini.
Menerusi huraian di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, disenaraikan enam garis panduan dalam berfesyen bagi wanita iaitu: 1. Menutup aurat. 2. Elak daripada menutup sebahagian aurat dan membuka sebahagian yang lain. 3. Tidak mengenakan pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulit. 4. Tidak terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan. 5. Tidak berhias dan tidak menggunakan wangi-wangian dengan tujuan menarik perhatian lelaki. 6. Tudung hendaklah melepasi paras dada.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.