Sudah empat tahun menjalin hubungan cinta, Akhirnya Harris Annuar dan pasangan sah bergelar suami isteri

Siapa tak kenal pelakon dari Hero Remaja ini. Aktor Harris Annuar sah bergelar suami kepada pelakon dan model Asha Merican pada Sabtu dengan hanya sekali lafaz. Menerusi laman sosial Instagram , Harris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar memuat naik foto seusai majlis pernikahan bersama isterinya untuk tatapan umum.Malah, majlis pernikahan kedua-dua selebriti tersebut turut disiarkan secara Instagram Live.“Selepas empat tahun dalam perhubungan dalam diam, assalamuaikum isteriku @ashamerican,” tulis Harris di ruanhan kapsyen.

Harris menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1001.00 kepada Asha dalam majlis serba putih. Dalam pada itu, Harris kelihatan sebak ketika dicium dan dipeluk oleh ibunya, Zaiton Hassan yang lebih mesra disapa sebagai Kak Ton sejurus selepas pasangan berada di atas pelamin. Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan peminatnya menitipkan ucapan tahniah dan selamat melayari rumah tangga buat pasangan ini.Tidak kurang juga ada yang terkejut melihat pasangan ini berkahwin memandangkan mereka tidak pernah mencanang perhubungan sebelum ini.Sekadar info, Harris mula dikenali menerusi program Hero Remaja 2017/18 dan Asha pula dicungkil bakatnya melalui program Astro On Air Talent.


Angkara lebah, bibir Harris Anuar bengkak teruk. Kuala Lumpur: Pelakon, Harris Annuar terpaksa dirawat di pusat perubatan di Ipoh, Perak selepas bibirnya bengkak teruk akibat disengat lebah, pagi hari ini. Harris berkata, dalam kejadian jam 6 pagi itu, dia baru selesai mandi dan tidak menyedari lebah itu hinggap di tualanya. “Selesai saja mandi, saya terus capai tuala untuk lap muka. Malangnya, saya tak perasan yang tuala saya itu ada seekor lebah dan terus menyengat bibir saya. “Ketika itu, saya tak tahu nak buat apa sebab kejadian berlaku terlalu pantas. Kemudian bibir saya terus membengkak,” katanya.

Harris berkata, dia terus mendapatkan rawatan di hospital berhampiran dan mujur dia datang awal kerana sengatan lebah amat berbahaya. Menurut Harris, doktor memaklumkan tekanan darahnya rendah menyebabkan dia terpaksa ditahan bagi memantau keadaan kesihatannya. “Doktor terpaksa menahan saya di wad sebab nak pantau keadaan jantung saya. Saya juga menerima dua suntikan di lengan dan punggung. “Doktor beritahu bengkak yang dialami disebabkan ‘anaphylactic shock’ akibat gigitan serangga itu,” katanya. Dalam pada itu, Harris berkata, dia berada di Ipoh sejak semalam untuk mengagihkan bantuan keperluan asas kepada golongan yang memerlukan di sekitar bandar raya itu. Sumber, harian metro