PELAKON Nazim Othman sudah mula berfikir untuk meletakkan tanda noktah dalam karier seni dan beralih kepada bidang lain. Enggan mendedahkan punca dia mahu membuat keputusan tersebut, Nazim atau Nushrul Alif Othman, 40, turut memberitahu dia tidak akan berkongsi kepada umum apabila tibanya waktu berbuat demikian. “Terlalu peribadi untuk saya kongsikan. Bukan berkaitan dengan industri puncanya tapi lebih kepada peribadi.
“Bila (waktu bersara) itu pun saya tak boleh kongsi. Tunggu sahaja,” katanya. Nazim berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama Ramadan Raya TV3 yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis. Menurut pelakon ini juga dia sudah menyuarakan hasrat tersebut kepada rakan-rakan terdekat serta beberapa orang pengarah terkenal. Malah sebagai perancangan masa hadapan, Nazim telah menyusun secara terperinci apa yang bakal dilakukan kelak. “Orang-orang terdekat tahu perancangan saya ini. Saya juga pernah bercakap dengan beberapa orang pengarah dan menyuarakan hasrat agar dapat berlakon filem sebelum bersara.
“Sepanjang 15 tahun menjadi anak seni, saya tidak pernah berlakon filem. Semoga impian itu akan tercapai sebelum saya bersara. Tentang perancangan masa depan, semua saya sudah sediakan. Saya ada exit plan sendiri apa yang hendak dibuat selepas ini. Apa sahaja yang hendak dilakukan saya perlu fikir secara terperinci,” ujarnya. Bercakap tentang perkembangan kerjaya, Nazim bakal tampil dalam drama berjudul Wanita Syurga yang bakal bersiaran bermula 15 Mac ini untuk slot Akasia di TV3.
Dalam drama kali ini, dia membawa watak seorang peguam syarie dan ia bukan karakter antagonis yang sering dimainkan. “Tahun lepas saya banyak terlibat dengan projek yang membawa watak ‘hitam’. Sebagai manusia biasa saya juga penat dengan watak antagonis kerana ia bermain banyak emosi dan ganggu peribadi,” ujarnya. Drama ini turut menampilkan pelakon lain seperti Redza Rosli, Siti Khadijah Halim, Riena Diana dan Marissa Yasmin.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.