SEJAK kisah anak perempuan sulungnya berkahwin di Thailand, pelakon dan penyanyi Abby Abadi menjadi buruan ramai yang ingin mendapatkan kenyataannya berhubung isu berkenaan. Baik Abby atau bekas suaminya, Norman Hakim tetap memilih mengunci mulut mengenai pelbagai spekulasi dan dakwaan berhubung pernikahan anak perempuan mereka iaitu Marissa Dania dengan Ahmad Aslam. Bagaimanapun, Abby, 47, dalam temu bual singkat bersama usahawan Datuk Seri Aliff Syukri sedikit sebanyak mula memperlihatkan pelakon Gerak Khas itu lebih terbuka bercakap mengenai Marissa dan Aslam.
Tidak terhenti di situ, Abby turut membuat kemunculan menerusi siaran podcast yang dikendalikan pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam bagi berbicara mengenai pelbagai isu berkaitan anak perempuannya. Namun ramai meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan cara Rebecca mengendalikan podcast yang bersiaran selama sejam itu yang dilihat tidak profesional. Rebecca dianggap tidak menggunakan peluang dapat menemu bual Abby secara eksklusif dengan baik sehingga banyak persoalan tidak terjawab. Tidak hanya itu, Rebecca, 38, juga banyak didakwa suka mencelah ketika Abby sedang rancak dan kelihatan sedia mendedahkan cerita sebenar dengan soalan tidak berkaitan.
“Tak puas hati dengan hos yang banyak menyampuk dan menyusahkan artis jemputan untuk bercerita dan komen… Saya tengok ini pun sebab Abby saja. “Datin berilah peluang kepada Abby meluahkan perasaan dia sebagai ibu! Tengah syok dengar, mesti dia menyampuk. “Kenapa setiap soalan yang ditanya, mesti diselitkan tentang kisah hidup dia. Podcast ini tentang Abby,” komen warganet. Rebecca juga dikatakan kurang sensitif dalam pemilihan perkataan semasa temu bual itu dijalankan.
Sementara itu, warganet beranggapan Rebecca perlu lebih banyak belajar tentang cara menemu ramah dengan betul agar tetamu undangannya berasa selesa. Namun ada pula meminta pelakon itu melupakan sahaja karier dalam bidang pengacaraan atau podcast kerana dia tidak mempunyai bakat. Untuk rekod, menerusi podcast berkenaan, Abby sempat mendedahkan beberapa perkara termasuk tidak menganggap Aslam sebagai menantunya kerana pernikahan dengan Marissa masih belum didaftarkan di Malaysia.
Selain itu, Abby percaya Marissa berani bertindak membelakangkan keluarga kerana melihat contoh yang pernah berlaku sebelum ini. Abby juga meminta agar anak kesayangannya itu pulang ke rumah selepas menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.