DAKWAAN pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada pukul 3 pagi adalah tidak benar. Pelakon yang juga kakak Ruhainies iaitu Risteena Munim, 34, sebaliknya menjelaskan Jawi tiba di lokasi kejadian sekitar pukul 11 malam. Risteena memberitahu dia menjelaskan perkara itu kerana mahu membersihkan nama Ruhainies dan bukannya menegakkan benang yang basah.
“Pukul 11 (malam) Jawi dah sampai di rumah bukan 3 pagi. Yang Khilaf tetap khilaf. Saya percaya Aliff dan Ruhainies juga sedar sedar tentang khilaf mereka dan telah pun memohon maaf. Siapa kita untuk menghukum mereka. Kebetulan malam tersebut memang rancang ke rumah Ruhainies, jadi saya di sini hanya menjelaskan keadaan sebenar sekiranya perkara ini dapat diselamatkan dan tidak menjadi lebih buruk,” katanya.
Risteena berkongsi perkara itu di Instastory miliknya pada pagi Jumaat. Tidak hanya itu, dia juga berkongsi tangkap layar perbualan bersama Ruhainies tentang perbincangan mereka untuk makan bersama. Katanya, dia terlambat ke rumah adiknya itu disebabkan kesesakkan jalan raya seperti dimaklumkan Ruhainies. “Ya saya sepatutnya berada di sana sama-sama tapi terlambat atas komitmen kerja dan kesesakan jalan raya. “Saya sampai di rumah Ruhainies jam 11.30 pm. Isu 3 pagi Jawi datang ke rumah adalah tidak benar,” ujarnya.
Pada malam Khamis, Aliff dan Ruhainies akhirnya tampil menjelaskan kejadian sebenar selain kedua-dua mereka menafikan mempunyai hubungan istimewa. Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah. Pada Isnin lalu, Bella memfailkan pisah terhadap Aliff secara ekspres namun sebutan pada Rabu lalu ditangguhkan apabila aktor itu tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran drama.
Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.