Siapa tak kenal dengan pelakon dan model glamour ini. Memiliki dua anak teruna yang semakin meningkat dewasa, pelakon Rozita Che Wan sudah sedia menerima menantu jika jodoh mereka sudah tiba dalam masa terdekat. “Sebagai ibu saya akan sentiasa ambil tahu tentang hubungan cinta mereka. Contohnya sekarang ini saya tahu anak kedua sudah ada kekasih, selalu juga minta dia tunjukkan gambar, tetapi biarlah dia sendiri yang beritahu apabila bersedia. Che Ta sentiasa ambil tahu hubungan cinta anak.
Katanya lagi “Manakala anak pertama pula memang ada kekasih. Saya juga selalu berbual dengan kekasihnya di media sosial. “Saya seorang ibu yang memahami. Kalau sayangkan anak biarlah mereka berkawan dengan sesiapa pun yang boleh buat hati gembira,” katanya. Che Ta mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 26, dan Aniq Azzra, 24, daripada hasil perkahwinan pertama sebelum mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zain Saidin pada Disember 2013. Bersama Zain, Che Ta dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.
Pelakon Mem & Bibik Bibik ini ditemui ketika majlis berinai yang diadakan sempena meraikan ulang tahun perkahwinannya sekaligus melancarkan produk baharunya iaitu Inai Che Ta. Sementara itu, ditanya tentang menambah cahaya mata, Che Ta berkata, dia dan suami tiada perancangan ke arah itu. Kalau sayangkan anak biarlah mereka berkawan dengan sesiapa pun yang boleh buat hati gembira “Tak payahlah tambah anak… biarlah kami fokus besarkan anak-anak yang ada ini. “Aaisyah pun dah besar dan dia tidak pernah minta adik. Syukur dengan rezeki yang dikurniakan,” ujarnya.
Mengulas tentang perniagaan tersebut, Che Ta men4fikan dakw4an kononnya dia men1ru usahawan Neelofa yang juga mengeluarkan produk sama. Zain dan Che Ta diraikan dalam satu majlis berinai sempena ulang tahun perkahwinan mereka. “Tak mungkin men1ru sebab saya sudah ada stok produk ini sejak Jun lagi dan baru sekarang ini dilancarkan disebabkan kekangan masa sebelum ini. “Saya keluarkan produk ini kerana memang suka pakai inai di jari. Lebih senang hendak promosikan barang yang selalu digunakan. “Kalau produk ini menjadi vir4l nanti, sesiapa sahaja boleh mulakan atau majukan lagi perniagaan menjual inai dengan jenama mereka sendiri,” ujarnya.
Sementara itu bercakap tentang majlis yang diadakan di Damansara pada Selasa, Che Ta tidak terkejut ia mendapat tajaan penuh bernilai hampir RM100,000 daripada sahabat baiknya yang dikenali sebagai Anas. “Saya tahu dia sangat pemurah dan tak terkejut apabila dia katakan mahu mengadakan majlis ini. “Perancangan mengadakan majlis ini dibuat dalam tempoh masa singkat dan saya serahkan semuanya kepada Anas,” jelasnya. Sumber, mstar