Susulan konflik rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah, nama pelakon Oktovia Manrose kembali hangat diperkatakan selepas pelakon itu pernah digosipkan menjalin hubungan cinta dengan aktor terbabit sekitar tahun 2019. Bagaimanapun, Oktovia tidak mahu namanya terus terkait dengan gosip tersebut dek kerana menganggap ia bukan lah sesuatu yang perlu dibanggakan. Malah, dia berasa malu apabila mengenang kembali peristiwa tersebut.
“Past is past, teruskan hidup. Perkara itu bukan sesuatu yang perlu dibanggakan pun sebenarnya. Memang saya malu pernah terpalit dengan kontroversi itu tapi tak perlu nak melatah,” ulasnya. Mengulas lanjut mengenai perbandingan yang dibuat segelintir warganet terhadap perbezaan dirinya dan Aliff, Oktovia bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut. Katanya, setiap orang mempunyai ujian masing-masing.
“No komen, nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab kita bercakap pasal hidayah dan perubahan seseorang. Masing-masing ada ujian tersendiri, mungkin Aliff masih diuji dan belum belajar dari kesilapan lalu,” katanya. Dalam pada itu, Oktovia juga sempat menitipkan doa agar segaal urusan Aliff dan Bella Astillah dipermudahkan. “Untuk Bella dan Aliff, semoga dipermudahkan urusan dan bahagia, Inshaa Allah, ” jelasnya. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.