Gara-gara dilamar ustaz menjadi isteri kedua menjadi punca seorang wanita ‘serik’ untuk menunaikan solat tarawih di masjid. Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Sasa. Menerusi perkongsian tersebut, Sasa memberitahu bahawa dia kerap ke masjid di Indonesia untuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah sepanjang bulan Ramadan. Namun dia tidak menyangka bahawa kehadirannya di masjid itu membuatkan seorang ustaz yang dikenali sebagai Zakir jatuh hati kepadanya.
Malah, ustaz terbabit yang berstatus suami orang itu nekad mengirimkan surat lamaran kepada Sasa melalui orang ketiga. Dalam surat tersebut, ustaz Zakir meluahkan hasrat di hati untuk melamar Sasa menjadi isteri keduanya. “Assalammualaikum, jujur dari awal saya tengok awak solat, hati ini berdebar kencang. Saya tak boleh basa-basi, saya nak meminang awak untuk jadi isteri ke-2 saya. Kemampuan yang saya ada adalah menjadi imam dan memperlakukan isteri dengan adil.”
Sasa akui merasa takut dan kurang selesa selepas membaca kandungan surat tersebut. Perkara itu juga membuatkan Sasa serik untuk menunaikan solat di masjid berkenaan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.