Ibu kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim tegur anak lelakinya itu secara terbuka susulan muzik video (MV) lagu raya terbaharu yang telah undang kritikan ramai. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Bonda Rozita di laman Instagramnya, dia meluahkan rasa kecewa dengan Aliff Syukri yang tidak menjaga sensitiviti terutamanya 10 malam terakhir lailatur qadar. Malah, dia meminta kepada Aliff Syukri supaya mengambil kesempatan di bulan yang mulia dengan mengerjakan ibadah kepada yang Maha Esa dan bukan sebaliknya.
“Jangan hinakan diri untuk sebuah konten. Apa ada dengan lagu raya! Dia haram tetap haram, sudah sudah lah tu. 10 malam terakhir kejar lailatur qadr, kamu lancarkan video lagu bdh tak berberakhlak. Mana malu? Mana letak maruah, ambik peluang hidup cari kemanisan dan kesungguhan taubat kri (panggila Aliff Syukri). Maaf mak tegur terbuka , mak tak kuat kri dah. Orang cakap mak tak didik anak. Nak ke jadi orang kaya tapi miskin jiwa dan sensitiviti?” ujarnya.
Bukan itu sahaja, Bonda Rozita turut merayu kepada Aliff Syukri untuk memadam muzik video tersebut untuk menjaga nama baik keluarga. Jelasnya, anak lelakinya itu perlu menjalani kehidupan mengikut ajaran Islam dan tidak perlu membuat sebarang lagu yang berunsurkan kontroversi yang hanya mencetuskan kemarahan orang ramai. “Semua orang tak suka tengok, jangan jadi orang yang nama Islam tapi tak cerminkan akhlak islam. Delete semua video tu! Gaza, huru hara kemiskinan, kemarau berpanjangan..bala Allah tanpa henti! Tak takut ke?
Jangan malukan Mak kri, delete lagu tu. mak tegur secara terbuka. Kalau kamu sayang mak delete, stop, hentikan selamanya jangan ada lagi lagu raya.“Kalau ini cara kri , didunia lagi mak sakit dengan hinaan org pada mak. Kri bukan anak tak baik ..sangat baik dengan mak. Tapi dengan Allah kri kena usaha lebih buat kebaikan. Kasihani mak, mak rayu sebagai mak berhentilah dari berbuat begini rosak akhlak dan agama. Jaga adab kita kri. Mak baru tengok tadi .. Mak malu tolong delete kri,” katanya lagi.
Nama Aliff Syukri sering menjadi perhatian ramai kerana pada setiap tahun, usahawan tersebut akan menghasilkan muzik video lagu raya sehingga mendapat kritikan hebat dalam kalangan warganet. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.