GELAGAT comel anak pelakon Tya Arifin mempromosikan produk jualan di sebuah festival jualan raya di Singapura menjadi perhatian ramai. Dalam video dikongsi Tya di Instagram itu, Arif Jiwa, 7, dilihat begitu ramah dan tanpa segan silu menegur orang ramai yang mengunjungi karnival berkenaan. Kata Tya atau Nurtria Wulandari Arifin, 30, tujuannya membawa Arif ke acara berkenaan adalah kerana mahu anaknya mempelajari ilmu baharu. Klik sini untuk lihat video.
“Mengajar tentang kehidupan, terkadang apa yang kita nak, kita tak dapat… harus berusaha lebih lagi dan pasti waktunya untuk dapat hal itu atas izin Allah,” tulisnya. Sementara itu, rata-rata warganet memuji keberanian dan kepintaran cucu kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza itu yang dilihat bersungguh-sungguh mempromosikan produk. Malah ramai menyokong tindakan Tya mendidik anaknya mengenai erti kesusahan dalam mencari rezeki. “Pintarnya, mereka tidak tahukah itu cucu Siti dan Datuk K?
“Bagusnya Tya, walaupun Arif dilahirkan senang tapi tetap mengajar anaknya berusaha cari duit. “Hebat Arif, tak malu menjual untuk bantu ibu cari rezeki, sudah ada ciri-ciri ahli perniagaan,” komen warganet. Arif Jiwa Asyraf dilahirkan pada 31 Mac 2017 merupakan anak sulung hasil perkahwinan Tya dan Asyraf Khalid. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.