Pelakon, pengacara dan usahawan, Fizo Omar tampil memberi penjelasan mengenai kes hak penjagaan puteri tunggalnya, Wan Maryam, 7. Memetik laporan Harian Metro, Fizo memaklumkan bahawa isu berkenaan telah selesai dengan cara baik dan tiada sebarang pergdhan. “Alhamdulillah… sebab daripada awal lagi kita pergi berbincang biar mahkamah yang putuskan. Kami tidak ada pergdhn.
“Kalau ikut bermasam muka, nak bergdh itu ada sahaja. Tapi sebab dua-dua faham, mahkamah dah putuskan giliran saya hari apa semua dah ada,” katanya. Jelasnya lagi, anaknya kini sudah memahami apa yang berlaku dan sebaiknya masing-masing bersikap sabar dan bertoleransi. “Sekarang Maryam dan tujuh tahun dan boleh faham. Dia pun dah ingat jadual sekolah dan sebagainya. Pandangan saya, kalau dulu pun ikut emosi nak bergdh, saman menyaman dan turun naik mahkamah.
“Tapi bila kita lalui benda ini, sekejap sahaja. Bersabar dan bersabar akhirnya benda ini dah boleh toleransi. Kuncinya bersabar. Kalau ikut drh muda, nak saman sahaja. Ia ambil masa tujuh hingga lapan tahun nak selesai berebut anak. Tahu-tahu anak dah besar. Dari bayar duit RM20,000 pada peguam baik simpan dalam bank,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, Fizo berkongsi bahawa anaknya itu akan memilih sendiri untuk tinggal dengan siapa pada usia sembilan tahun.
“Saya sebenarnya tak pernah tuntut hak penjagaan Maryam sebab pada saya anak perempuan perlukan mak lagi. Maryam sangat rapat dengan saya, tapi lain kalau bapa jaga berbanding emak. Untuk kebaikan anak, tak apalah saya mengalah jumpa sebulan dua kali sahaja. Tapi daripada situ saya belajar sesuatu. Saya belajar nilai untuk menghargai masa dengan anak. Waktu Maryam ada dengan saya, takkan saya ambil tawaran shooting atau sebagainya. Betul-betul fokus pada dia. Hargai dia betul-betul,” jelas Fizo lagi.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.