Pelakon Rita Rudaini dakwa pemain bola sepak, Zaquan Adha menjadi punca dalam menghasut anak yang dikandungnya pada ketika itu bukan drh daging bekas suami, Aidil Zafuan. Dakwaan tersebut dibuat oleh Rita Rudaini menerusi sebuah hantaran di laman Instagram Story miliknya, hari ini. Dakwa Rita Rudaini, adik kepada bekas suaminya itu merupakan antara punca tercetusnya konflik terutama masuk campur dalam urusan rumah tangganya. Rita atau nama penuhnya, Rita Rudaini Mokhtar berkata, Zaquan sendiri yang datang ke rumahnya dan mengambil pakaian suaminya pada ketika itu.
Malah, lebih teruk apabila dia mendakwa suami kepada aktres Ayu Raudhah itu sendiri mengirimkan mesej kepada abangnya dan menyatakan anak dikandung Rita Rudaini pada ketika itu bukan drh daging Aidil Zafuan. “Orang ni (Zaquan Adha) kata tak masuk campur. Kalau dia lupa, mai nak ingatkan. Dia yang masuk rumah kami (Rita dan Aidil) dulu ambil semua baju abang dia. Hang la yang send mesej kat abang hang bagitau anak yang aku pregnant tu bukan anak dia,” bidas Rita Rudaini.
Aktres berusia 47 tahun itu juga mendakwa adik kepada bekas suaminya itu sebenarnya batu api dalam konflik rumah tangganya bersama Aidil Zafuan. Dalam masa sama, Rita turut tinggalkan pesanan buat Zaquan agar tidak masuk campur dan meninggalkan sebarang komen berhubung isu tersebut. Ini kerana dirinya dan pihak keluarga bekas suami sudah lagi tidak mempunyai sebarang kaitan. “Hang la batu api besar. Hang lupa ni. Lagi satu, kalau tak nak masuk campur, jangan cakap apa-apa.
Diam saja. Kita pun tak ada kaitan apa-apa. Akhir sekali, hang sekeluarga telah mencipta RITA yang baharu. Dulu aku lemah, korang pihak aku. Hang ni tak sudah-sudah acah-acah terpaling bagus,” ujar Rita dalam nada sindir. Terdahulu, Zaquan Adha memaklumkan dirinya tidak mencampuri urusan rumah tangga abangnya serta mendoakan yang terbaik buat Aidil dengan Rita. Bekas pemain bola sepak kebangsaan itu turut mendedahkan keluarganya tidak terlibat dalam konflik antara bekas biras bersama pasangan kembarnya.
Rita sebelum ini menegaskan dia tidak akan melupakan dakwaan menyatakan anak sulungnya, Airit Rayyan bukan darah daging hasil perkahwinan bersama bekas suami, Aidil Zafuan. Sekadar info, Rita dan Aidil yang juga pemain bola sepak pernah bernikah pada 2008 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna. Namun, pasangan tersebut berpisah talak satu pada September 2013.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.