Pengamal gaya hidup Adult Baby Diaper Lover (ABDL) atau sindrom bayi dewasa sukar untuk dihidu oleh masyarakat. Memetik laporan Harian Metro, golongan ini menjalani kehidupan seperti orang dewasa namun mempunyai keinginan menjadi bayi serta kelengkapan bayi di rumah. Menurut Adam, 35, bukan nama sebenar mengaku dirinya mempunyai sindrom tersebut dan keinginan menjadi bayi bermula sejak usia 13 tahun.
“Satu hari saya rasa nak cuba pakai lampin adik, masa tu kecil lagi. Saya ambil lampin adik senyap-senyap, saya cuba pakai dan muat. Masa itu timbul rasa sangat selesa. Bermula hari itu saya pakai (lampin bayi), ibu bapa tak pernah tahu. Bagi saya pakai lampin membuat saya sangat selesa, tenang. Apa yang ada dalam naluri saya cuma nak pakai lampin.” Adam yang juga seorang jurutera memberitahu terdapat komuniti yang memiliki keinginan yang sama sepertinya.
“Malah, segala kelengkapan bayi dewasa turut dijual di platform komuniti itu. Dengan kemajuan terkini, saya terjumpa kumpulan yang ada naluri sama seperti saya. Segelintir mereka hanya suka pakai lampin manakala ada sesetengah lagi berkeinginan dilayan seperti bayi. Ada yang suka kedua-duanya.” Sementara itu, Adam mendedahkan sisi pelik tersebut tidak diketahui isteri meskipun sudah enam tahun mendirikan rumah tangga.
“Walaupun enam tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata, sisi pelik ini tidak diketahui isteri. Saya tak pakai lampin depan isteri atau keluarga. Namun saya memakai lampin ketika bekerja atau berada di luar rumah. Contohnya, tiap kali saya pergi gimnasium, mendaki atau di mana-mana sahaja, kalau ada peluang saya pakai.” Sementara itu, pakar klinikal kanak-kanak, Dr Noor Aishah Rosli berkata, ABDL lebih kepada gaya hidup individu yang disebabkan kurang kasih sayang, ketidakseimbangan emosi dan tidak tahu menyalurkan emosi dengan betul.
“ABDL lebih kepada gaya hidup masyarakat tertentu melayani perasaan mereka. Saya ingin tegaskan ABDL bukan masalah perubatan atau psikologi secara khusus tetapi gaya hidup sesuatu masyarakat itu. Namun begitu, gaya hidup ini termasuk elemen psikologi yang membabitkan emosi, tingkah laku orang dewasa tidak wajar.” Katanya, pengamal ABDL ini kebanyakannya berlaku dalam kalangan lelaki dewasa.
Sumber: Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.