Video lama pelakon Janna Nick yang mengusik aktres Ruhainies penyondol kembali tular di media sosial pada ketika isu tak setia bersama Aliff Aziz sedang hangat diperkatakan. Menerusi beberapa perkongsian di TikTok, @kasyafbedumb telah memuat naik dua rakaman memaparkan potongan video daripada program realiti, Famili Duo 3 (2023). Video berkenaan memaparkan Janna, yang merupakan salah seorang daripada hos kepada program itu mengusik Ruhainies yang hadir bagi mempromosikan produk penaja rancangan tersebut. Klik sini untuk lihat video.
“Kita bersama dengan Ruhainies. Nak tanya la Ruhainies, datang ni nak sokong siapa? Ada niat nak menyondol siapa-siapa ke?” kata Janna. Malah, Janna turut mengusik Ruhainies datang ke program itu bersama kekasih gelapnya ke program itu susulan aktres berusia 32 itu duduk bersebelahan dengan seorang lelaki. “Ini skandal Ruhainies ke?” usik Janna. Dalam video itu juga, Janna juga sempat memuji kecantikan Ruhainies selepas aktres itu bertanyakan kepadanya tentang perubahan kulit wajahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet ‘mengagumi’ Janna mendakwa kononnya dia sudah lama tahu mengenai perkara tersebut dengan memberikan ‘hint’. Dalam pada itu, ada juga warga maya yang berkata Janna membuat komen berkenaan kerana mahu membalas dendam kepada Ruhainies kerana pergaduhan mereka dahulu. Tidak cukup dengan itu, ada juga warganet yang menyatakan Janna kelihatan menolak bahu Ruhainies dengan sengaja seakan-akan mahu memberitahu dia mengetahui sesuatu.
Terdahulu, kedua-dua aktres ini pernah bertelingkah selepas Ruhainies mendakwa Janna menghasut pengarah, Micheal Ang untuk tidak mengambilnya untuk berlakon. Namun begitu, dakwaan itu dinafikan Janna, serta Micheal yang berkata dia tidak mengambilnya sebagai pelakon kerana nama Ruhainies hanyalah sebagai pengganti kepada pelakon Natasha Elyzza. Oleh kerana masalah jadual Natasha berjaya diselesaikan, Ruhainies tidak diambil untuk menjadi pelakon dalam filem pertama Micheal.
Baru-baru ini, Ruhainies ditangkap basah dengan aktor Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah namun menafikan mereka mempunyai sebarang hubungan selain daripada berkawan. Tidak lama kemudian, isteri Aliff iaitu Bella Astillah telah memfailkan untuk berpisah terhadapnya namun aktor itu enggan melafazkan talak atas alasan masih menyayangi Bella. Kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine pula tampil memberikan bukti hubungan cinta antara Aliff dan Ruhainies yang mana dia telah memuat naik perbualan antara pelakon itu di media sosial.
Selepas tular perbualan itu, Ruhainies telah membuat permohonan maaf kepada Bella dan Sarah namun kekasih gelap Aliff tidak mahu menerima permohonan maaf itu, manakala Bella pula masih berdiam diri. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.