KEGAGALANÂ menyelenggara jalan berlubang di Pasir Gudang, Johor pada tiga tahun lalu membuatkan sebuah syarikat penyelenggara jalan terpaksa membayar ganti rugi berjumlah RM721,000 kepada seorang lelaki yang cedera ketika menggunakan laluan tersebut. Denda tersebut diputuskan Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Sabtu. Susulan daripada itu, mngs yang berusia 49 tahun dianugerahkan RM721,000 untuk ganti rugi dan kecederaan yang dialami selepas motosikalnya merempuh jalan berlubang berhampiran Taman Kota Masai.
Hakim, Sazlina Safie, membuat keputusan itu selepas mendapati Razali @ Mohd Leey Subeh, selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Safwa Global Venture (M) Sdn Bhd, syarikat yang dilantik kerajaan negeri untuk menyelenggara jalan berkenaan. Sazlina dalam keputusannya, berkata syarikat terbabit juga gagal memfailkan sebarang hujah bertulis atau lisan walaupun beberapa kali penangguhan. Beliau berkata, plaintif berjaya membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian dan syarikat itu cuai sepenuhnya dalam kejadian yang berlaku pada 11 Februari 2021, kira-kira pukul 10 malam.
Tambahan pula, menerusi kenyataan dalam alasan penghakiman yang disiarkan di laman web kehakiman, pihak terbabit didapati memberi alasan bercanggah tentang isu tersebut. Oleh itu, mahkamah percaya defendan telah gagal dalam tugas mereka untuk menyelenggara jalan berkenaan dan bertanggungjawab kepada plaintif di bawah Seksyen 7(3) Akta Prosiding Kerajaan 1956 (GPA). Susulam keputusan itu, syarikat penyelenggaraan itu akan memfailkan rayuan penghakiman berkenaan di Mahkamah Tinggi.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.