PELAKON Rozita Che Wan bengang apabila warganet mengutuk penampilan rakannya yang juga aktres Fathlia Latiff ketika menghadiri rumah terbuka anjurannya baru-baru ini. Rozita atau mesra disapa Che Ta, 50, berkata, dia tidak menyangka ada orang tergamak tinggalkan komen berbaur face shaming terhadap Fathia dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Sebaliknya pelakon itu meminta mereka yang mengata Fathia agar melihat ke arah cermin sebelum menghina wajah orang lain.
“Saya terkejut apabila gambar kami bersama menjadi kritikan warganet. Tak baiklah, jangan face shaming. Saya teringin nak tengok muka orang yang selalu mengata tu… Kau cantik macam mana? Lawa macam Fathia tak? Kadang-kadang yang mengata tu tak pernah tengok cermin. Muka kau pun macam siku saja,” katanya. Rozita meluahkan rasa geramnya itu ketika ditemui pada majlis pelancaran produk dan sambutan ulang tahun ke-5 AG Leanz yang diadakan di Shah Alam pada Ahad.
Dalam pada itu, Rozita turut meluahkan rasa simpati terhadap Fathia yang sering menjadi sasaran kritikan warganet. Jelasnya, dia tidak tahu apa dilalui Fathia namun memohon orang ramai sentiasa memberikan sokongan dan doa kepada aktres tersebut. “Saya simpati apabila melihat dia sering menerima kritikan ramai. Kita tidak tahu apa yang dia lalui. Kita tidak tahu apa yang membuatkan dia jadi seperti itu.
“Mungkin kerana kekecewaan atau tidak mempunyai sokongan. Bukan dia sahaja, saya rasa kalau orang lain berada di tempat dia pun, kita akan mengalami nasib sama. Siapa pun kawan saya, saya okay sahaja. Kalau mereka berada dalam keadaan tidak stabil atau ada masalah, kita kena sentiasa menyokong dan bersama dia,” ujarnya. Pernah beberapa kali terlibat dalam set penggambaran drama yang sama, Che Ta mengakui Fathia sebenarnya seorang yang manja. Biarpun tidak sering berjumpa, Che Ta pernah berpesan kepada Fathia untuk selalu pandai menjaga diri.
“Dulu kami selalu berlakon bersama. Sebenarnya Fathia ni sangat manja tetapi saya tidak sempat bersembang dengan dia. Saya tidak tahu apa yang dia lalui. Saya ada berpesan kepadanya untuk menjaga diri,” katanya. Sebelum ini, kehadiran Fathia menghadiri acara rumah terbuka Che Ta mencuri perhatian netizen apabila dikatakan wajahnya kelihatan bengkak dan lebih berusia berbanding umur sebenar. Malah ada yang membandingkan wajah Fathia dengan Che Ta ketika mereka mengambil gambar bersama.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.