Usahawan produk kecantikan yang mendedahkan anak perempuannya gemar makan nasi putih tanpa lauk sejak kecil telah berjaya menarik perhatian ramai. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh usahawan terbabit di laman TikToknya, dia meluahkan rasa hairan terhadap selera makan anak sulungnya itu yang sangat berbeza dengan orang lain. Dalam perkongsian tersebut, kelihatan anak perempuannya yang anggun memakai persalinan berwarna coklat menikmati juadah nasi putih sebanyak dua kali. Klik sini untuk lihat video.
“Dari lahir sampai besar panjang, entah bilalah agaknya dia nak makan normal macam orang lain,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan tabiat yang dimiliki anak usahawan tersebut malah tertanya-tanya perasaan ‘meratah’ nasi putih kosong tanpa sebarang hidangan sampingan. Pun begitu, ada segelintir individu memberitahu lebih gemar untuk menjamah nasi kosong seperti anak usahawan tersebut kerana sudah menjadi kebiasaan dan lebih meningkatkan lagi selera makan.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.