Walaupun penat seharian bekerja kesihatan perlu diutamakan selain mendapatkan tidur yang cukup. Seiring dengan perkembangan, masyarakat kini lebih banyak menghabiskan masa dalam pekerjaan dan pembelajaran sehingga kurang mendapat tidur yang cukup kerana terlalu memikirkan hal kerja.
Persekitaran yang tidak selesa juga akan membuatkan anda tidur kurang lena. Seperti yang diketahui, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) mendapati beberapa tumbuhan popular seperti lidah buaya membantu meningkatkan kualiti udara dalam rumah.
Hasil kajian itu juga mendapati ada beberapa tumbuhan boleh membantu seseorang mendapat tidur malam yang lebih nyenyak, selain kualiti tidur yang baik diperoleh daripada persekitaran bilik yang sihat dan selesa. Malah, bukan sahaja dari keupayaan tumbuhan meningkatkan kualiti udara, aroma yang dikeluarkan oleh tumbuhan juga dapat membantu meningkatkan kualiti tidur. Pun begitu, kehadiran beberapa tumbuhan hiasan ini di dalam bilik boleh membantu anda tidur dengan tenang, termasuklah;
1. Melati
Tumbuhan jasmine atau melati bercirikan bunga putih kecil yang cantik, ia juga terkenal dengan aromanya selain memberikan ketenangan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa bau melati boleh mengurangkan tahap kebimbangan dan mampu meningkatkan kualiti tidur. Dalam pada itu, bunga melati perlu diletakkan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari disamping menyiram dengan kerap semasa tempoh berbunga.
2. Bunga Cina/Gardenia
Adapun bunga gardenia merupakan tumbuhan semerbak wangi asal dari China dan Jepun yang terbukti bermanfaat sebagai sleeping pills seseorang. Dikatakan, penyelidik di Jerman mendapati bahawa bahan kimia dalam bunga gardenia boleh meningkatkan aktiviti neurotransmitter GABA yang sering bertindak di dalam otak selain menyampaikan kesan santai ketika seseorang tidur. Namun perlu diketahui, gardenia juga memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya empat jam sehari disamping menyiram tanaman itu dengan kerap apabila berada dalam bilik tidur yang bersuhu lembap.
3. Lavender
Manakala lavender terbukti untuk membantu individu itu tidur lebih nyenyak, malah dikatakan sebilangan wanita di era Victoria mengisi bantal mereka dengan lavender untuk memberikan kesan menenangkan. Bagaimanapun, tumbuhan lavender ini memerlukan pendedahan cahaya matahari secara langsung sekaligus kaedah penyiraman yang lebih kerap. Anda juga perlu menentukan keperluan dalam penjagaan tumbuhan ini supaya lavender terus memberikan manfaat kepada pengguna.
4. Lidah buaya
Bukan sahaja terkenal dengan khasiat kesihatan dan kecantikan, aloe vera juga berfungsi sebagai pembersih udara. Namun, anda disarankan meletakkan tumbuhan ini di satu sudut bilik yang terdedah kepada cahaya matahari. Atas dasar itu, lidah budaya akan berfungsi dengan baik apabila terdedah kepada matahari selain tidak melupakan menyiram setiap dua minggu selepas tanah tumbuhan terasa kering.
5. Peace lily
Peace lily digelar sebagai loji pembersih udara dan tersenarai antara tumbuhan terbaik menurut NASA, malah tumbuhan ini dikatakan tidak rumit untuk dijaga dengan menyiramnya apabila daun layu yang biasanya berlaku seminggu sekali. Para penyelidik mendapati bahawa bunga itu berkesan untuk mengeluarkan toluena dan xilena dari udara, iaitu menyingkirkan hidrokarbon aromatik yang tidak larut dalam air dengan bau seperti pelarut cat dalam sesuatu ruang. Menariknya, bunga ini diketahui lebih suka berteduh dan boleh bertahan lama di dalam bilik walaupun tanpa tingkap, selain ia perlu dielakkan dengan udara sejuk. Sumber: Mstar
Anda Ada Masalah Susah Nak Lelap. Boleh Cuba Teknik Ni Untuk Lelapkan Mata Dalam Masa 2 Minit.
Korang ada masalah nak tidur? Puas pusing kiri kanan dekat sejam lebih tapi tak tidur-tidur juga? Bila tidur tak cukup, mula lah bad mood esok harinya. Haa.. untuk korang yang ada masalah susah nak lelap tu, min nak share teknik untuk tidur dalam masa 2 minit. Korang boleh tengok video @justin_agustin kat bawah ni.
Sebenarnya dalam tentera ada teknik macam ni, min pun baru tahu. Untuk korang yang nak tahu lebih lanjut, min ada senaraikan beberapa langkah untuk korang ikut. Tenangkan badan dan shutdown setiap anggota badan dari kepala hingga ke kaki dan fokus kepada pernafasan.
Pastikan bahu tidak tegang dan longgar tangan di sisi badan. Bayangkan ada rasa suam yang mengalir dari kepala hingga ke hujung jari. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan. Ketika melakukan langkah ini, kosongkan fikiran dari sebarang bentuk stress.
Bayangkan korang sedang baring dalam sebuah perahu di atas tasik yang tenang atau baring dalam hammock dalam bilik yang gelap gelita. Kalau rasa distracted, ulang ayat ni “Jangan fikir”. Min rasa nak cuba lah malam nanti.
Pasti Ramai Yang Alami Susah Tidur Walaupun Seharian Kepenatan. Sekali Ada Yang Dedahkan Orang Tidur Awal Dikatakan Lebih Bahagia
Ramai di antara kita mengalami susah tidur kerana kepenatan di siang hari. Ada segelintir orang senang tidur apabila badan terlalu letih, namun ada juga yang mengalami susah tidur kerana mengalami sakit badan kerana terlalu letih bekerja di siang hari. Kita disarankan untuk tidur selama 8 jam sehari, paling kurang pun jika tidak selama 8 jam, 7 jam sudah memadai. Tahukah anda ada satu kajian mengatakan bahawa orang yang tidur awal berpotensi untuk jadi kaya dan hidup lebih bahagia. Selain itu, ada beberapa kesan jika anda sering tidur lewat di waktu malam. Mari kita lihat,
Turun Berat Badan
Apabila anda tidak mudah tidur awal, anda akan mula tidur pada lewat malam. Oleh kerana susah untuk bangun awal pagi, anda terpaksa turun kerja tanpa sarapan. Itu bukanlah perkara yang baik untuk diamalkan.
Mudah rasa tertekan
Kajian menunjukkan kebiasaan tidur lewat malam boleh menyebabkan insomnia. Oleh kerana tidak dapat tidur dengan lena pada malam hari, anda akan mengalami tekanan pada siang hari kerana rasa mengantuk. Ini akan menjejaskan kerja anda.
Kosongkan fikiran
Buang tabiat suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Ianya adalah salah satu punca mengapa anda akan susah untuk tidur. Sebaiknya jangan bawa masalah pejabat ketika masuk ke dalam bilik tidur.
Jangan fikirkan tentang masalah dan juga perkara-perkara yang negatif. Maafkan semua orang sebelum tidur, dan tidur lah dengan tenang
Beristirehat waktu malam
Jangan bawa kerja pejabat balik ke rumah. Ini akan membuatkan anda sentiasa berfikir tentang kerja sahaja. Sebaiknya tinggalkan semua kertas kerja di pejabat. Pulang ke rumah dengan hati yang tenang dan lapangkan fikiran anda.
Elakkan minum air berkafein
Amalkan minum susu sebelum masuk tidur, jangan pula anda minum kopi. Kopi akan membuatkan mata anda susah mengantuk, dan ia akan membuatkan anda rasa susah untuk tidur. Jika anda bukan penggemar susu, amalkan minum air suam atau air kosong sebelum tidur.
Elakkan Dari Bunyi Bising
Tutup segala bunyi-bunyian yang mampu menganggu waktu tidur anda. Pastikan suasana senyap dan tenang. Ada segelintir orang tidak boleh tidur jika mendengar bunyi bising. Jika anda seorang yang sukakan suasana tenang, pastikan anda sudah tutup sebarang bunyian. Tutup mata dan nikmati masa rehat anda dengan tenang.
Riadah waktu petang
Selepas balik kerja, anda boleh melakukan riadah petang, seperti berlari atau bermain badminton. Bila anda rasa penat, anda mampu tidur dengan lena dan tenang. Bawa anak-anak berjalan dan menikmati keindahan alam disamping beriadah bersama keluarga.
Tutup Semua Sumber Cahaya
Cahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Memang sukar untuk tidur jika cahaya lampu yang masih menyala. Jika sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata. Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap atau cahaya samar-samar. Tutup semua lampu dalam bilik anda kalau boleh. Tidur dalam keadaan gelap akan lebih cepat untuk anda melelapkan mata.
Pastikan Tempat Tidur Nyaman dan Selesa
Faktor kebersihan dalam bilik juga mempengaruhi anda, jika bilik terlalu bersepah, ianya mempengaruhi emosi anda untuk tidur. Pastikan tempat tidur dalam keadaan bersih dan teratur. Sebelum tidur amalkan menyapu bilik dengan bersih supaya tidak mempunyai sebarang sampah atau benda-benda yang mampu menganggu anda untuk tidur.
Baca Doa Sebelum Tidur
Sebelum tidur, amalkan membaca doa sebelum tidur. Pastikan anda kosongkan fikiran dan tidur dalam lindungan Allah s.w.t. Banyak manfaat bila anda membaca ayat-ayat Allah s.w.t sebelum tidur. Ia mampu melindungi anda dari gangguan jin dan syaitan ketika tidur. Dengan membaca doa, anda akan merasa lebih tenang. Pastikan badan anda sentiasa dalam keadaan yang sihat, tidur dengan secukupnya dan jangan terlalu memaksa diri berjaga di malam hari. Kerana ia memudaratkan kesihatan anda.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.