IPOH, “Itu pendapat peribadi (kritikan warganet)… awak nak marah atau tidak, tapi ia berlaku dalam industri sejak dulu lagi.” Demikian ulasan daripada penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M Nasir berhubung isu lagu Tiara yang diolah dan dinyanyikan semula oleh penyanyi dari Indonesia, Raffa Affar, sehingga menerima kritikan hebat wargaenet. M Nasir yang juga pencipta sepenuhnya lagu tersebut menegaskan beliau tidak memandang perkara itu dari sudut negatif. “Tiada masalah (nyanyikan semula lagu-lagu penyanyi Malaysia), sebab kita (penyanyi Malaysia) pun ada buat begitu. “Trend sekarang, zaman media sosial berbeza sedikit penerimaannya dan lain halwa telinga,” katanya yang popular menerusi lagu-lagu seperti Mustika, Keroncong Untuk Ana dan Tanya Sama Itu Hud Hud.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara MBI bersama MACP, di Bangunan MBI, di sini pada Selasa. Ditanya sama ada perubahan susunan muzik lagu itu sedikit sebanyak merosakkan lagu berkenaan, M Nasir ada pendapat tersendiri. “Itu ya, sedikitlah (rosakkan lagu) tapi ia tetap akan berlaku, kita tidak boleh kawal perkara itu. “Kita kalau hendak buat sesuatu (untuk kawal) memang boleh tapi saya fikir dalam keadaan sekarang tidak perlulah,” katanya lagi. Terdahulu media melaporkan, nyanyian semula sebuah lagu balada rock malar segar, Tiara, dendangan asal kumpulan era 1980-an, Kris kini menjadi perdebatan peminat dalam laman sosial. Semua itu susulan cara dendangan seorang penyanyi popular dari Indonesia, Raffa Affar yang dikatakan telah merosakkan melodi dan keaslian lagu berkenaan.
Menerusi satu klip video dari seberang yang tular ketika ini, menyaksikan penyanyi yang pernah mencipta fenomena dengan lagu tular, Cinta Sampai Mti itu menyanyikan kembali lagu Tiara dalam sebuah program hiburan rancangan siaran langsung. Orang ramai terutamanya peminat dari Malaysia menganggap penyanyi muda itu tidak layak untuk menyanyikan kembali lagu berstatus ‘legenda’ ciptaan Datuk M Nasir itu. ” Menyanyi dengan semangat bukan lagu meleret macam orang malas…macam bangun tidur!”. ” Lagu ni dh mmg sedih, dia ni nyanyi lagi sedihh dibuatnya..meleret leret. Cara dia nyanyi umpama nyanyi sambil baring sesuai untuk menidurkan bayi.”
Itu antara sebahagian komen diberikan warganet sebaik menonton vdeo penyanyi Indonesia, Raffa Affar yang menyanyikan lagu Tiara secara ‘live’ yang pernah popular pada 1991 nyanyian kumpulan Kris. Raffa Affar sebelum itu popular menerusi beberapa lagu nyanyian semula atau ‘cover version’ yang pernah popular di tanah air seperti Buih Jadi Permadani dan Mencari Alasan nyanyian asal kumpulan Exists. HarianMetro yang berpeluang menemu bual penyanyi yang mencipta fenomena menerusi single sulungnya, Cinta Sampai Mti itu menerusi aplikasi WhatsApp mengakui gembira apabila dia dikenali selepas membuat ‘cover version’. ” Saya sangat gembira sebab dapat buat ‘cover’ versi saya sendiri dan saya terkenal sebab selalu buat ‘cover’ lagu dengan versi saya sendiri,” kata Raffa yang mempunyai lebih empat juta pengikut di aplikasi TikTok.
Terkini, pemilik nama sebenar Raffa Aldiansyah muncul dengan lagu ‘cover version’ Tiara yang pernah popular pada 1991 nyanyian kumpulan Kris. Dalam pada ramai yang memuji, tidak dinafikan terdapat juga segelintir pihak yang beranggapan lagu bergenre ‘slow rock’ ciptaan Datuk M Nasir itu tidak kena dinyanyikan dengan cara nyanyian Raffa. Saya tak buat sesuka hati, ia arahan syarikat rakaman. Enggan melatah, Raffa berkata, setiap orang bebas memberikan pendapat masing-masing. ” Semua orang bebas berpendapat. Jadi, saya tak boleh memaksa orang untuk suka atau tidak. Kalau mereka suka alhamdulillah, kalau tak ada yang suka berterima kasih juga. ” Versi saya ini juga adalah arahan daripada syarikat rakaman dan sudah dipersetujui oleh penerbit. Jadi, saya tak buat sesuka hati.” Saya tahu lagu Tiara itu popular pada 1991. Saya tahu daripada syarikat rakaman dan saya pun mendengarkannya.
” Jadi, saya suka lagu yang mendayu-dayu sebegitu. Saya cuba membuat versi ‘cover’ sendiri,” katanya. Ditanya alasan memilih lagu Tiara untuk dinyanyikan semula, Raffa mengakui lagu itu dekat dalam hati selain menyifatkan lirik lagu itu sangat puitis. ” Lagu ini dekat dalam hati saya dan saya berasa bahagia apabila dapat menyanyikan lagu ini. Lirik lagu Tiara ini sangat puitis dan saya mahu dengarkan lagunya yang lain,” katanya. Berkongsi lanjut, Raffa yang meminati kumpulan Exists dalam perancangan untuk membuat ‘cover version’ lagu daripada kumpulan Dinamik dan Lestari. ” Penyanyi atau band yang saya suka adalah Exists sebab saya pernah ‘cover’ dua lagu mereka. Pada masa sama, saya ada perancangan untuk ‘cover’ lagu daripada kumpulan Dinamik dan Lestari. ”Kalau nak tahu, saya juga suka kumpulan Floor 88 kerana lagu berjudul Hutang itu sangat terkenal di Indonesia. ” Insya-Allah, saya juga akan berduet dengan penyanyi Malaysia iaitu Aiman Tino atau Khai Bahar. Jadi doakan semoga perancangan ini dapat dicapai,” katanya. Seiring dengan populariti diraih kini, Raffa berharap dapat datang ke Malaysia untuk bertemu peminatnya di sini.” Insya-Allah saya akan ke Malaysia dan juga teringin berjumpa orang Malaysia. Saya mahu melihat suasana dan ingin menghiburkan orang Malaysia secara langsung,” katanya.
Kredit: astro awani. Sumber : http://trendingsangat.pw/