Isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha meluahkan rasa terharu apabila menerima sejumlah wang daripada suaminya. Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Zulaikha memuat naik video sampul yang mengandungi wang tunai namun tidak diketahui jumlahnya. “Lepas hantar anak-anak pergi sekolah, balik dia terus tanya nak sampul kiri ke kanan? Nampak belah kanan macam tebal je, kita pun pilih la yang tu. Tapi dalam otak berfikir, ini mesti kena scam dalam sampul ada sampul lagi.”
Tidak mampu menahan air mata, wanita berusia 31 tahun itu kemudian menangis selepas Fizi berkata wang tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan kepadanya kerana menjadi isteri dan ibu yang baik. “Bila tengok dalam terus menangis! Saya tanya dia kenapa pula bagi tebal-tebal ni? Dia jawab, ‘terima kasih sebab jaga anak-anak dan mengandungkan anak saya.’ Allahuakbar, lagi laju air mata turun. Berhingus terus hidung!”
Dalam masa yang sama, Zulaikha juga mengucapkan terima kasih kepada Fizi selain amat menghargai kehadirannya sebagai suami dan bapa kepada anak-anak mereka. “Macam ni, nak mengandung setiap tahun pun tak apa. Tapi sejujurnya, terima kasih sebab jadi suami yang terbaik untuk saya dan daddy yang terbaik untuk anak-anak. Semoga kita terus berkasih sayang dan jaga sama-sama hingga ke jannah. Slowly but surely okay sayang. Love you to the moon and back dunia akhirat saya.”
Terdahulu, menerusi hantaran di Instgram (IG), Fizi atau nama lengkapnya Mohd Hafizudin Ali mengumumkan tentang kehamilan isterinya namun tidak menyatakan usia kandungan tersebut. Untuk info, Fizi menamatkan zaman duda dengan mendirikan rumah tangga bersama Zulaikha pada 23 Oktober tahun lalu. Sebelum itu, Fizi pernah berkahwin dengan aktres Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.