Tular spekulasi tengah mengenali lelaki bernama Datuk H, sekali ini penjelasan dari Adira Suhaimi

PENYANYI Adira tampil mengulas spekulasi mendakwa dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berpangkat Datuk. Menjawab mengenai dakwaan itu, Adira atau nama sebenarnya Adira Suhaimi, 32, berkata dia tidak mengenali individu bernama ‘Datuk H’ dan tidak mengetahui punca berita itu tersebar. “Saya tidak tahu apa-apa. Datuk H tidak wujud. Saya tidak tahu mana datangnya sumber itu dan daripada bahagian saya, memang tidak kenal dia.

Semestinya saya terkejut. Kalau dulu saya nak elak-elak menjawab tapi sekarang ini saya tidak pandai menipu,” katanya. Adira memaklumkan perkara itu ketika ditemui di sidang media drama Jangan Tinggal Abang, Dek di Senja Kirana Event Space, Sentul pada Rabu. Dalam pada itu, Adira berkata bekas suaminya iaitu Datuk Seri Adnan Abu mengetahui mengenai gosip itu.

Adira bagaimanapun memberitahu Adnan atau lebih dikenali Datuk Red tidak menghiraukan perkara tersebut memandangkan mereka kini sedang bercinta. “Dia tahu sahaja tentang Datuk H dan dia tidak kisah. Sebab dia tahu hanya dia (Datuk Red) ada dalam hati saya. Dalam masa sama, doakan (hubungan) kami yang baik-baik. Saya tidak mahu cakap lebih-lebih,” ujarnya.

Bercakap mengenai hubungannya dengan Datuk Red, Adira berkata dia menerima takdir Allah sekiranya mereka berjodohan semula. “Sekarang ini kita tengah usaha. Dia pun ada benda yang tengah usahakan, sama macam saya. Tidak mahu fokus kepada percintaan semua ini. “Sekarang sedang mencuba. Hanya beri ruang dan peluang kepada (Datuk Red). Saya rasa dia layak lagi untuk dapat peluang,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Adira meluahkan rasa teruja dapat kembali semula ke dunia lakonan menerusi drama Jangan Tinggal Abang, Dek. “Saya sangat gembira dapat kembali. Saya harap semua suka dengan lakonan ini,” katanya. Selain Adira, pelakon yang turut menjayakan drama dalam talian tersebut adalah Adj Putra, Nabila Huda, Elly Mazlein, Fathia Latiff. Drama tersebut disiarkan di TikTok dan Instagram Kayra TV pada setiap hari Jumaat, Sabtu, Ahad.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.