Ibu Neelofa dedah hidap kanser payudara tahap satu selepas mendapat keputusan daripada pemeriksaan kesihatan yang dilakukan. Memetik perkongsian dari temubualnya di podcast Don Cakap, Datin Noor Kartini Noor Mohammed, 59 memaklumkan perihal tersebut selepas memperoleh keputusan ujian biopsi yang dilakukan sebelum ini pada 17 Februari lalu.
Jelasnya, dia telah mendapat panggilan daripada doktor yang memintanya melakukan ujian tersebut sebelum mereka menghubunginya bagi memberikan keputusan daripada ujian berkenaan. “Saya dapat panggilan kena pergi buat biopsi dan keputusan mamogram waktu tu kurang cantik. 20 Februari kemudian doktor hubungi saya dan beritahu keputusan penuh sudah keluar. Doktor didiagnos saya kanser payudara tahap satu,” katanya.
Noor Kartini dilihat tenang menerima ujian tersebut akui reda dengan ujian yang telah diberikan kepadanya. Namun, dia mengakui bahawa seisi keluarga menangis apabila mengetahui perihal perkara itu sehingga suaminya tidak boleh tidur memikirkan tentang penyakit yang dihidapi
“Anak-anak dan suami menangis, suami pula sampai tak boleh tidur. Tapi saya anggap penyakit ini sebagai satu anugerah daripada Allah dan tersedar yang orang seperti saya pun boleh dapat kanser,” jelasnya. Walau bagaimanapun, ibu kepada pengacara dan juga usahawan terkenal ini memaklumkan yang dia menganggap dugaan itu sebagai salah satu anugerah daripada Allah SWT dalam menunjukkan kekuasaan-Nya.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.