Wawa Zainal kongsi rezeki dengan orang ramai bersempena ulangtahun kelahirannya yang ke 34

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan usahawan Wawa Zainal kongsi rezeki dengan orang ramai bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-34, semalam. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin di laman Instagramnya, dia membungkus beberapa beg makanan yang mengandungi beras, telur, susu pekat manis, biskut dan roti. Malah, isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu turut memberikan sebiji kek bersaiz kecil dan wang dipercayai berjumlah RM300 kepada penerima. Klik sini untuk lihat video.

“Alhamdulilah, terima kasih sudi menerima kek hari kelahiran Wawa,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen. Dalam perkongsian itu, Wawa telah mengedarkan sendiri beg makanan tersebut kepada orang awam yang berada di sekitar kawasan kediamannya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terharu dan terinspirasi dengan amalan yang dilakukan oleh aktres tersebut.

Dalam pada itu, ramai juga menggunakan kesempatan dengan menzahirkan ucapan hari lahir buat Wawa dan berterima kasih kerana menggunakan kekayaannya untuk bersedekah kepada insan yang memerlukan. Sekadar info, Wawa mendirikan rumah tangga dengan Aeril pada 2013 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Soffya dan Muhammad Fahri.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *