Pihak PDRM tak jumpa petunjuk, Faisal Halim kecewa bila kes disimbah asid diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut

Advertisements
Advertisements

SIASATAN kes serangan asid ke atas pemain bola Faisal Halim diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut atau no further action (NFA). Perkara itu dimaklumkan peguam yang mewakili Faisal iaitu Nik Zarith Nik Moustpha menerusi satu sidang media pada Khamis. “Kami menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara yang mana pihak kami dimaklumkan kes ini sudah diklasifikasikan sebagai NFA.

Surat tersebut menyatakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengesan sebarang petunjuk yang dapat mengaitkan kes ini dengan mana-mana individu sebagai suspek,” ujarnya. Tambah peguam itu, Faisal yang juga bintang Selangor FC kecewa dengan keputusan siasatan kes berkenaan. Segala usaha yang dijalankan bagi tujuan tersebut tidak membuahkan hasil. Ternyata anak guam kami kecewa dengan hasil siasatan tersebut.

Kami akan teruskan perbincangan dengan Faisal untuk menentukan langkah-langkah seterusnya,” ujarnya lagi. Dalam sidang media sama, Nik Zarith berkata pihaknya sudah mengambil beberapa langkah proaktif semasa siasatan kes berkenaan. Ia termasuklah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pegawai penyiasat PDRM untuk membantu mereka menjalankan siasatan menyeluruh. Untuk rekod, Faisal menjadi mangsa serangan di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara pada 5 Mei tahun lalu.

Dalam kejadian itu, dia mengalami melecur tahap empat di beberapa bahagian badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *