Kedai bongkarkan senarai nama yang tak buat bayaran motor, sekali ramai yang terkejut tengok motor ni yang ramai tak bayar

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Pemilik sebuah kedai motosikal mendedahkan kira-kira 160 individu kini ‘disenarai hitamkan’ kerana tidak membayar ansuran bulanan pinjaman mereka. Menerusi perkongsian di laman Facebook Motor Mok Mung, daripada jumlah itu, lebih 50 peratus adalah pemilik motosikal jenis Yamaha Y15ZR atau (Ysuku). Jelas kedai itu lagi, kebanyakan mereka tertangguh bayaran antara enam bulan sehingga 36 bulan (tiga tahun) dan kesemua pinjaman dibuat menerusi pinjaman kedai (loan kedai). Selain Yamaha Y15R, antara motosikal yang masih tertunggak bayaran adalah Yamaha NVX, Yamaha R15, Yamaha Ego LC, Honda Beat dan Honda RS. Menurut pemilik kedai terbabit, tindakan selanjutnya akan dikenakan kepada mereka yang gagal menjelaskan hutang dalam tempoh yang ditetapkan.

“Amaran tunggakan motor loan kedai. Sila jelaskan segera, kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan selanjutnya. “Pandai hutang, pandai bayar. Anda settle (jelaskan) bayaran, kami delete (buang) nama anda dari senarai ini, ” tulis mereka di Facebook semalam. Difahamkan kedai berkenaan terletak di sebuah negeri di Pantai Timur. Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengkritik tindakan mereka yang membeli motosikal tetapi tidak membayar ansuran bulanan sehingga menyusahkan pihak kedai. “Amboi pandai buat pinjaman bila nak bergaya suruh bayar liat memasing,” tulis Muhammad Syarafi. Turut tinggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muhammad Shahiruddin Ismail. “Ini baru betul biar papa asal bergaya, ikut sangat trend Y15 dengan NVX, konvoi sana konvoi sini tapi hutang tak nak bayar,” katanya. Sumber, KOSMO! ONLINE

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.