Ramai lagi tak tahu selain Neelofa ini antara selebriti popular timang anak pertama tahun 2022

Umum memang semua kenali artis popular ini. Saat yang paling berharga dalam diri setiap isteri adalah ketika melahirkan penghuni rahim pertama mereka. Tambah pula ini merupakan pengalaman pertama dalam hidup mereka apabila dianugerahkan cahaya mata hasil daripada perkahwinan bersama suami tercinta. Segalanya akan berubah sepenuhnya buat mereka selepas menyambut kelahiran malaikat kecil ini. Jadi, Murai menyenaraikan 5 artis yang kini menjadi ibu pada tahun 2022.

Neelofa

Pelakon Wanita, Neelofa dan suami, PU Riz (Haris Ismail) dikurniakan cahaya mata lelaki pada 29 Januari 2022. Muhammad Bilal merupakan nama yang telah dipilih oleh mereka dan sehingga sekarang mereka masih merahsiakan wajah Bilal. Neelofa  sah bergelar isteri kepada Pu Riz dengan sekali lafaz pada 27 Mac2021

Ernie Zakri

Popular dengan lagu boneka, penyanyi Ernie Zakri selamat melahirkan seorang anak perempuan bernama Nur Kawla Soleha. Kawla dilahirkan pada 22 Febuari 2022 pada jam 10.14 pagi. Pasangan duet popular, Ernie dan Syamel dijabkabulkan sebagai suami isteri sengan sekali lafaz pada hari jumaat, 26 Mac 2021.

Mira Filzah

Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan pada 9 Syawal, 10 Mei 2022. Mira dan suaminya, Emir dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Wan Khai Amir bin Wan Emir. Mira dan Emir mendirikan rumah tangga pada September 2020.

Elisya Sandha 

Menantu kepada selebriti Sheila Rusly, Elisya Sandha dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Bunga Elhaq. Bunga dilahirkan secara “Caeser” pada 18 Julai 2022. Elisya berkahwin dengan anak lelaki Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada bulan Ogos tahun lalu.

Uyaina Arshad

Uyaina dan pasanganya, Syahiran dikurniakan cahaya mata sulung pada 8 September secara “Ceasar”. Mereka menamakan anak mereka dengan nama Raja Urhan bin Raja Syahiran yang memberi maksud pemimpin yang hebat. Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada disember tahun lalu. Semoga dengan kurniaan cahaya mata sulung mereka dapat memeriahkan lagi keluarga mereka. Sumber, murai