Siapa tak kenal dengan wanita penuh kontroversi ini. Satu muat naik di Instagram Story milik Ifa Raziah baru-baru ini seoalah-olah mempersoalkan suara golongan Ustaz dan Ustazah mengenai isu keatas amang s3ksual yang kecoh baru-baru ini. Sebelum ini, menerusi Murai, Baby Shima turut bersuara mengenai kes amang s3ksual yang melibatkan pendakwah selebriti terkenal yang masih berada dalam perbicaraan itu. Baby Shima turut mempersoalkan tindakan para Pencetus Ummah dan ustazah online yang masih belum memberikan sebarang ulasan terhadap kes tersebut.
Ifa Raziah Muat Naik Status
Dalam pada itu, Ifa Raziah juga turut memuat naik satu status di Instagram Story miliknya seolah-olah berkenaan kejadian yang sedang terjadi kepada salah seorang Pencutus Ummah sekarang ini. Di dalam penulisannya, dia mempersoalkan mana perginya “content” gologan ustaz dan ustazah yang hebat-hebat dalam memberikan pandangan dan pendapat mengenai kes amang seksual yang terjadi kepada PU tersebut.
“Cakap Aku Ahli N3raka”
Dia juga turut menyatakan bahawa gologan ustaz dan ustazah ini kelihatan cepat membuat ‘content’ apabila isu tersebut melibatkan dirinya. Mana pergi semua ustaz & ustazah yang hebat-hebat ini, semua tiada buat ‘content’ mengenai mereka. Kalau kes aku, cepat jer korang buat syarahan agama cakap aku ahli n3raka. Di akhir penulisannya, Ifa seoalah-olah menjelaskan bahawa dia terlupa kes amang tersebut terjadi kepada kelompok mereka sendiri dan mungkin sebab itula tiada ‘content’ mengenai perkara tersebut. Sumber, murai
Ifa Raziah Akui Tak Sampai Hati Lihat Rakan Artis Minta Bantuan, Ifa Mahu Rakan Selebriti Mulakan Perniagaan. Siapa tak kenal dengan penyanyi penuh kontroversi ini. Ifa Raziah mengalu-alukan rakan selebriti untuk memulakan perniagaan. Penyanyi Ifa Raziah menyifatkan penglibatannya dalam penganjuran festival Star Vendors adalah untuk membantu dan menyokong perniagaan diusahakan rakan-rakan selebriti. Ifa atau nama sebenar Saripah Raziah Mustapha, 47, berkata dia mahu memberi ruang kepada rakan selebriti berkecimpung dalam bidang perniagaan dan tidak terlalu berharap pendapatan seni semata-mata.
Katanya “Memanglah kita akan menyanyi sampai bila-bila kerana itu minat kita, tetapi kalau boleh mereka kena usahakan satu bisnes yang boleh menjana pendapatan harian. “Jangan nanti kalau tiada tawaran berlakon atau nyanyian, kita pergi minta bantuan dan nanti warganet kata macam-macam pula,” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Ifa selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Star Vendors sentiasa menggalakkan rakan artis yang mahu terlibat dalam ekspo perniagaan yang dianjurkan oehnya.
Ifa tidak lokek berkongsi ilmu perniagaan kepada rakan selebriti
Luah Ifa lagi “Bila orang tanya apa sumbangan saya terhadap industri seni? Inilah dia. Ini yang orang tak nampak atau buat-buat tak nampak. “Mungkin sumbangan saya bukan kerana suara saya. Dengan cara yang lain, saya sediakan satu platform untuk beri peluang kepada rakan-rakan selebriti menjual produk mereka,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ifa berkata dia tidak bimbang jika ramai selebriti menjalankan perniagaan serta menganjurkan ekspo jualan kerana menganggap ia merupakan satu persaingan sihat. Malah, dia turut memberikan sokongan kepada rakan artis iaitu Yassin Yahya yang kini mula menjalankan perniagaan termasuklah menganjurkan festival jualan.
Kejayaannya hari ini adalah hasil daripada usaha selama bertahun lamanya
Katanya lagi “Tak mungkin anda buat hari ini, anda akan terus berjaya. Lima tahun saya buat Star Vendors baharu nampak hasilnya. “Saya ucapkan tahniah kepada Yassin, jangan patah semangat. Saya selalu beri sokongan pada Yassin dan isteri dan mereka menjadikan saya sebagai rujukan dalam dunia perniagaan,” katanya lagi. Ifa menjadi tetamu istimewa bagi melancarkan Fiesta Market Datuk Sudirman yang berlangsung di Fahrenheit88, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Untuk info, fiesta itu diadakan sempena Pameran Datuk Sudirman Hj Arshad Warisan Sudir: Tribute Kepada Penghibur No. 1 Asia. Ia merupakan ekspo jualan pertama yang dianjurkan oleh Yas Star Production milik Yassin dengan kerjasama Kamura Empayar. Sumber, mstar